Jadi pelarian sementara [live blogging dari iPhone]

Salam bertemu kembali dan Salam Nisfu Syaaban.

Sudah beberapa hari tidak online secara normal dari PC kesayangan di rumah kerana memegang status “pelarian sementara” di rumah emak sendiri. Sebab? Rumah sedang dalam proses renovasi  di bahagian dapur dan semua bilik. Rumah emak tiada sambungan internet, mujurlah dapat sedikit gelombang 3g. Dapatlah ber live blogging dari iphone kesayangan, juga berfesbuk, ber Instagram bagai. Syukurlah kan?

Akhirnya impian untuk merenovasi dapur tercapai jua setelah masuk tahun keempat memiliki rumah sendiri. Ada yang kami tak berkenan di dapur itu tapi terpaksalah dipendamkan sahaja hasrat hati kerana ongkos belum mari. Renovasi ini pun bajet dalam rm5k sebab itu saja yg kami mampu. Apapun syukurlah impian hampir jadi kenyataan nak dapat dapur berwajah baru.  Makanya perabot nak let go  seperti almari dapur, almari baju dan sofa berbentuk L.

Janjinya, esok (khamis, 5/7/12) dapat disiapkan renovasi ni. Harapnya begitulah..

 

P/s: tekaan Italy menang Euro tempoh hari tersasarlah pula.. Spain mmg hebat ????

Incoming search terms:

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *