iPhone 5 gadget impian

iphone 5 gajet impian

iPhone 5 gadget impian

Dunia sekali lagi digegarkan dengan pengeluaran peranti/gadget terbaru dari syarikat super-tersohor, Apple iaitu iPhone 5. Jutaan penduduk bumi sudah membelinya. Apple memang tak perlu nak promosi teruk-teruk, tapi sebaliknya pelanggan yang menderu-deru datang mencari. Sanggup menunggu berjam-jam di luar kedai lagi. Itulah impak namanya ;)

 

iphone 5 gadget impian

 

Untuk itu, saya nak mencuba nasib menyertai contest anjuran blogger tersohor, pemilik Best of the Best Blog of the Year, iaitu Denaihati.com. Sebuah iPhone 5 16GB baru warna hitam/putih  hadiahnya!! :) iPhone 3Gs pun dah terasa bestnya, apatah lagilah iPhone 5 ni.

Jom kita baca-baca entri iPhone 5 di blog Denaihati;

iphone 5 gajet impian

Sumber Mashable.com

Mengapa saya teridam-idamkan iPhone 5?
Masakan tidak ! Handphone ‘hensem’ macam ni siapa yang tak mau… Ok saya perincikan ikut numbering beginilah;
  1. Saya seorang mom blogger, kalau boleh setiap perkembangan anak saya nak  rakamkan dengan lebih mudah jika adanya iPhone 5 ini. Snap gambar anak-anak beraksi, rakam video keletah anak-anak, rakam video tempat kami sekeluarga melawat (we love travelling).
  2. Saya ada bisnis online. Sebolehnya saya nak semua details produk seperti harga, kuantiti, etc. berada di dalam handphone saya. Tambahan saya sudah beri pilihan untuk sebarang pertanyaan menggunakan aplikasi WhatsApp, semestinya handphone merupakan gajet terpenting bagi saya. Customer kena dilayan dengan cepat, betul tak? Melepas nanti kalau lambat² bertindak ;) iPhone memang banyak membantu saya bertindak dengan cepat :) Mudah nak buka laman web, juga online documents.
  3. Saya sudah jatuh chenta sama produk Apple sejak menggunakan iPhone 3Gs.
  4. Mungkin gajet ini dapat membantu saya organize pelbagai tugasan supaya saya dapat buat multitasking dengan lebih efektif. Saya seorang yg agak pelupa :p
  5. Ketahanan bateri iPhone 5 memang tidak dapat disangkal lagi. Jimat letrik macam ni kan…. Tak adelah sekejap-sekejap nak kena cas.
iphone 5 gadget impian
-kredit blog Jeetle
Hadiah utama sudah diketahui, hadiah saguhati juga akan disediakan. Memang mantopp Denaihati. Jadi jika ada sesiapa sudi nak jadi penaja contest hebat ni, jangan malu-malu hubungi admin Denaihati.com. InsyaAllah banyak backlinks akan dapat tu ;)
Info-info lain, kita simpan untuk entri seterusnya. Caiyok-caiyok ! :)
Contest iPhone 5 Gadget Impian anjuran Denaihati di taja oleh 
Siang malam termimpi-mimpi,
Kalau tak menang kita tunggu tahun depan,
Contest lebih ‘mabeles’ anjuran Denaihati.
Pegi kenduri orang bertunang,
Mekap mengalahkan Rozita Che Wan,
Bertuahnya bakal lima pemenang,

121 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *