Insentif bantuan tunai RM500

 

Syukur alhamdulillah , berita baik buat pihak-pihak berkaitan yang layak menerima insentif bantuan tunai RM500 ini .

Sebelum ini terdengar dan terbaca desas-desus saja , nak hebahkan takut tersilap info pula… Teringat kat mertua yang layak terima bantuan ni juga . Lagi pula ramai yang kata borang sebenar untuk tuntutan bantuan insentif tunai ni belum keluar lagi. Maka berita ini telah mengesahkan apa yang patut ;

 

KUALA LUMPUR – Proses pendaftaran untuk permohonan insentif Bantuan Tunai RM500 akan dibuka selama sebulan mulai 10 Disember ini dengan urusan pembayaran dijangka dilakukan pada pertengahan bulan Januari 2012.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata, borang pendaftaran boleh didapati secara percuma mulai tarikh tersebut di Jabatan Pembangunan Persekutuan, Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau agensi-agensi kerajaan yang terpilih.

Menurut Ahmad Husni, bantuan itu dijangka dapat memberi manfaat kepada seramai 5.2 juta isi rumah atau 79.5 peratus daripada keseluruhan isi rumah negara ini.

“Pemberian ini melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM2.6 bilion,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

 

Nanti dulu …. apa pula syarat terima bantuan insentif tunai rm500 ni ?

# isi rumah yang memiliki pendapatan bulanan di bawah RM3,000 (berdasarkan perkiraan jumlah pendapatan isi rumah dengan mencampurkan pendapatan suami, isteri dan anak-anak yang tinggal bersama)

Itu saja …

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek berkata, kerajaan mengenal pasti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebagai agensi utama perlaksanaan bantuan itu.

“Ini kerana agensi berkenaan mempunyai fail-fail cukai bagi pembayar cukai yang aktif mahupun tidak aktif antara agensi lain yang turut terlibat dalam pengagihan bantuan itu ialah Bank Simpanan Nasional (BSN), Bank Negara serta POS Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Seminar Percukaian Kebangsaan 2011, di sini hari ini.
Awang Adek berkata, LHDN difahamkan turut mengguna pakai sistem pangkalan data e-Kasih Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi mendapatkan maklumat rakyat yang benar-benar layak menerima bantuan terbabit.

Incoming search terms:

16 comments

  • Eh, saya macam layak jer. Hehehe.. :)

  • ermm..kalau ikut pendapatan suami seorang sahaja rasanya mcm layak sbb zie xkeje… RM500 ni byk jgk ni… :)

  • layak ni. kena isi borang nih. hehe..

  • layak. tp suami x mau mohon.. huhuuuu..
    so ikut ajer lah pandangan dia..

    tp sapa nak bagi rm500 kan.. mcm2 buleh buat.. kurang2 1 bulan loan rumah dah settle.. ;)

  • Laura

    macam mana pula dengan kami yang golongan bujang/belum berkahwin???
    tak boleh apply ker??
    bajet 2012 sedikit pun tak kene tempias kepada kami golongan muda
    kami lulusan universiti yg tak mempunyai kerja tetap/ada yg kntrak/ada yg sambilan
    sudah banyak kali kami meleleh air liur bila dengar kakitangan awan (especially cikgu) dapat insentif/bantuan itu ini.. kami hanya putih mata, kerja tak tetap.. PTPTN perlu di bayar, bila cukup masa surat saman akan sampai.. apa2 pun kakitangan kerajaan juga yg untung berlipat kali ganda. tak heran lah ramai yg bertungkus lumus bertegang urat dan berhempas oulas pasang kabel ‘bervoltan tinggi” semata2 nak kerja kerajaan
    jangan buat2 terlepas pandang golongan tidak bekerja/ penganngur terhormat/ pkerja sambilan/kontrak lepasan universiti seperti kami.. setakat ini masih lagi kami berpegang teguh bawah tampuk kerajaan, berdiri teguh, tak mustahil jika hati kami kerap terguris.. kami akan cari ‘tuan’ baru pulak..

    p/s: jangan selalu buat hati kami terguris

    • cik laura ,

      janganlah sound sy … saya hanyalah seorg blogger yg tolong sebarkan berita mana yg patut …

      sy faham perasaan cik laura

      dan sy tak sentuh langsung bab2 politik . tak perlulah sy menyatakan sokongan sy ke mana kerana itu hal peribadi … time kasih

  • wah kutu sentap baca komen laura.huhu..

    kutu hanya pekerja gomen yg bekerja tidak setara dengan lulusan dan tidak memakai cable.sekian terima kasih..:)

  • Kesian kat Laura kat atas. Harap cik Laura bersabor la ya.
    Keluarga akak layak, Alhamdulillah. Suami kerja swasta biasa. Sebab ada baca, bulan January dia bagi bantuan ni, time tu pula time bayar yuran anak-anak sekolah. Dapat membantu juga.

    • gitulah .. harap nye Laura bersabarlah ye …

      jgn le marah sy pulak..sy takde kaitan lgsg … huhu

      alhmdllh k.yati dapat … jgn luper apply nnti tau … ;) mmg mmbantu juge sbb kos prsekolahan anak2 ni mmg tinggi juge kan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *