[Info Zakat]: Kadar bayaran zakat fitrah tahun 2013 bagi seluruh negeri di Malaysia

Islam itu agama yang syumul (sempurna) dan meliputi segenap aspek kehidupan.

Bagi membela nasib golongan² yang kurang berkemampuan, Allah telah mewajibkan ZAKAT ke atas setiap individu yang berkemampuan dan menepati syarat mengeluarkannya.

Apa itu ZAKAT?

Dari Segi Bahasa

Zakat dari segi bahasa bererti “BERSIH”, “SUCI”, “SUBUR”, “BERKAT” dan “BERKEMBANG”.

Pengertian “BERSIH” dan “SUCI” dalam istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya daripada bersifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri daripada sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya.

Dari Segi Syarak

Zakat dari segi syarak pula ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu diberikan kepada asnaf-asnaf yang berhak menerimanya setelah memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak.

Zakat juga ada beberapa jenis, dan antaranya ialah zakat fitrah iaitu zakat diri yang difardhukan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang ditetapkan.

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah

Kaedah pembayaran zakat fitrah yang ditentukan ialah makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan. Perkara ini dijelaskan melalui hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudry bermaksud:

“…Adalah kami para sahabat ketika bersama Rasulullah s.a.w sering mengeluarkan zakat fitrah daripada setiap orang yang kecil dan besar, merdeka atau hamba satu gantang makanan atau satu gantang keju atau satu gantang Syair atau satu gantang tamar atau satu gantang zabib. Demikianlah kami terus berbuat demikian sehingga datang kepada kami oleh Muawiyah Abi Sufian bagi mengerjakan amal ibadat haji atau umrah, kemudian beliau menyampaikan ucapannya di atas mimbar, maka dalam ucapannya kepada orang ramai beliau berkata: Saya berpendapat, bahawa satu mud (cupak) gandum Sham menyamai satu Sha’ (gantang) tamar. Setelah itu, masyarakat pun berbuat demikian sedangkan Abu Sufian berkata: aku tetap mengeluarkannya sebagaimana mulanya” – Riwayat Muslim

Kadar Fitrah

Kadar fitrah ialah satu gantang Baghdad bersamaan 2.70 kg beras atau senilai dengannya. Kadar ini berdasarkan ketentuan oleh Pihak Berkuasa Agama Negeri-Negeri.

Waktu Menunaikan Zakat Fitrah

Waktu menunaikan zakat fitrah terbahagi kepada 5:
1. Waktu Wajib
Apabila terbenam matahari akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.

2. Waktu Paling Afdal
Sebelum sembahyang Hari Raya.

3.Waktu Sunat
Sepanjang bulan Ramadhan.

4.Waktu Makruh
Selepas sembahyang Hari Raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.

5.Waktu Haram
Selepas terbenam matahari pada satu Syawal; hukumnya berdosa tetapi wajib ditunaikan segera zakat fitrah dan pada waktu itu ia dikira qada. Sekiranya masih dilengahkan, maka akan bertambahlah dosanya.

#info kredit

Berikut ialah kadar bayaran zakat fitrah tahun 2013 bagi seluruh negeri di Malaysia;

Perlis – RM6.00

Kedah – RM7.00

Pulau Pinang – RM7.00

Perak – RM7.00

Selangor – RM7.00

Negeri Sembilan – RM6.50

Melaka – RM6.50

Johor – RM5.00/8.00*

Pahang – RM7.00

Terengganu – RM4.50/7.00/7.60*

Kelantan – RM7.00

Sarawak – RM6.50

Sabah – RM7.00

(WP) Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan – RM7.00

*Bagi negeri Johor dan Terengganu, kadar berbeza mengikut jenis dan gred beras

#info kredit

Tahun ini insyaAllah suami akan bayar zakat fitrah untuk 7 kepala => RM7 seorang bersamaan dengan total RM49 insyaAllah… si kecil belum keluar lagi, kalau tak dah 8 kepala daa… ~

Oh ya, bagi yang berhasrat untuk mengadakan ibadah Qurban atau Aqiqah di bulan Ramadhan ini, sila layari laman web E-Qurban di mana akan diadakan di Kemboja. Puas tau dapat bagi makan orang² yang kekurangan ni. Kami pernah merasa buat aqiqah anak yang ketiga di Medan, Indonesia. Jamuan aqiqah dimakan oleh para² hafiz. Semoga beroleh keberkatan….

baca rakaman kenangan di Medan: http://ummihanie.com/libur2-medanindonesia-part-1/

Incoming search terms:

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *