Persoalan bakal timbul di dalam benak kepala seorang ayah/penjaga bayi yang baru pertama kali menguruskan uri (plasenta) .
Uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat.
Oleh kerana ia adalah sebahagian dari tempat bayi maka ia adalah bersih dan perlu diperakukan dengan baik seperti ditanam dan tidak ditinggalkan merata-rata. Ini bagi mengelak daripada ia dimakan anjing dan binatang lain.
Sebaiknya dibersihkan dulu dan ada petua orang tua agar ia dibasuh dengan asam supaya tidak berbau hanyir darah yang mana boleh menarik deria binatang untuk menggali dan memakannya.
Sumber : MyMetro – Anda Musykil,Dr.Masyitah Jawab
Pengalaman saya sendiri … saya tak pernah basuh uri tapi nenek saya biasa sangat buat . Dia akan cuci bersih2 , balut dgn kain putih (mcm kafankan mayat) , tanam . Details saya tak ingat sangat . Kalau Opah sebelah suami pula , leaps dicuci , uri tu akan diasamkan , kemudian dimasukkan dlm sebiji tempurung kelapa , kemudian barulah tanam sekali dgn tempurung tu . Tak kisahlahh .. janji mau cuci elok2 dan tanam dalam2 sikit supaya binatang tak terhidu dan korek semula uri tu .
Incoming search terms:
- tanam uri cara islam (127)
- cara membasuh uri (109)
- cara basuh uri (103)
- cara menanam uri mengikut islam (67)
- basuh uri (34)











izinkan IM salin foto placenta untuk blog IM!
Twitter: UmmiHanieDotCom
silakan,IM
Slm perkenalan, kalau uri tu dah di cuci kat hospital perlu tak kita cuci lagi. Atau kita hanya perlu tanam sahaja.
Twitter: UmmiHanieDotCom
salam kenalan juga,
berdasarkan pengalaman, uri baby2 kami dibawa pulang dan dibasuh lebih smepurna lagi kemudian baru dibungkus dan ditanam…