UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Indahnya Zahir dan Batin Rasulullah S.A.W

Posted on December 10, 2008September 18, 2013 by Ummi Hanie

KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH DAN BATINIAH.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Diantara kata-kata apresiasi(PUJIAN) para sahabat ialah :
– Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw
– Aku melihat cahaya dari lidahnya.
– Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
– Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
– Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
– Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
– Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
– Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
– Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
– Wajahnya seperti bulan purnama.
– Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
– Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
– Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
– Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.
– Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.
– Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
– Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
– Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
– Janggutnya penuh dan tebal menawan.
– Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca .
-Warnalehernya putih seperti perak sangat indah.
– Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
– Rambutnya sedikit ikal.
– Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah bahu tapi disisir rapi.
– Rambutnya terbelah di tengah.
– Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.
– Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih drpd biasa.Seimbang antara kedua bahunya.
– Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dgn cantik.Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
– Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
– Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
– Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.Warna putihnya lebih banyak.
– Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.Warna kulitnya putih tapi sihat.Kulitnya putih lagi bercahaya.
– Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
– Badannya tidak gemuk , tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
– Perutnya tidak buncit.
– Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.
KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia…
Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya. Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maaf, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.
Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?”.”Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tuturFatimah lembut.
Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatulmaut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakan tangisnya.
Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.”Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai RasulAllah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril. Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas .
Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang. “Jibril, betapa sakit sakaratul mautini.” Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka. “Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu. “Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal,” kata Jibril. Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. “Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semuasiksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.”
Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi . Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu , Ali segera mendekatkan telinganya. “Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakataimaanukum – peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah diantaramu.”
Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan. “Ummatii,ummatii, ummatiii!” – “Umatku, umatku, umatku” Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.
Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli ‘alaa Muhammad wa’alaihi wasahbihi wasallim. Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.
Tweet
Fb-Button

9 thoughts on “Indahnya Zahir dan Batin Rasulullah S.A.W”

  1. penaberkala says:
    December 6, 2009 at 7:36 PM

    >thanx for the infonice artikelkeperibadian baginda cukup mengagumkan

    Reply
  2. hans says:
    December 6, 2009 at 7:44 PM

    >owh,bagus ehh entry nih…rasullullah manusia sempurna

    Reply
  3. Ieda the Rainbow Princess says:
    December 9, 2009 at 6:58 AM

    >Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa'alaihi wasahbihi wasallim..p/s: Allahhuakbar..Rupanya Hanie da buat dulu ekk n3 nie sblm Sis..Tp yang kt Blog Sis tu cuma bezanya English Version ja kn..p/s: Syg Nabi.. :'| (Tp syg kita nie x sama mcmana Nabi sygkan umat nya kn..)

    Reply
  4. penaberkala says:
    December 9, 2009 at 7:11 AM

    >betul tuh, kita manusia yg lemahbesar gak pengorbanan Rasulullah utk umatnyaantaranya:1)time israk mikraj – terpaksa turun naik utk mintak solat fardhu dikurangkan sehingga dapat 5 kali je sehari2)sebelum wafat, igt lagi dio utk berpesan kpd umatnya

    Reply
  5. Ummi Hanie says:
    December 9, 2009 at 5:34 PM

    >pena,sama2 ..of coz,pengorbanan baginda tiada tolok bandingnyahans,mmg bagus entri nih..hehesis ieda,ermm..sis ade plan nak buat ekk..xpe,sis buat je..english pun ok ape.. :)yup,baginda sgt sygkan kita umatnya tp kita yg xsyg baginda sebegitu rupa..isskkk :(

    Reply
  6. hans says:
    December 9, 2009 at 6:05 PM

    >moga kita lebih mengingati insan yang bernama Muhammad ini

    Reply
  7. Ieda the Rainbow Princess says:
    December 29, 2009 at 8:47 AM

    >Hanie..bukan tgh plan tp mmg da post pun artikel mcm nie tp in english version Hanie..Pas beberapa lama Sis publish,masuk blog Hanie bc n3 nie br terperasan artikelnya sama..X apa lh kn,sbb n3 camnie bagus boleh kita umat Muhammad nie dijadikan contoh akhlak baginda yg terbaik utk kita ikuti & cuba hayati tntg diri Rasulullah,kn Hanie..

    Reply
  8. hans says:
    December 31, 2009 at 6:38 AM

    >kak ieda : okay la tu..lebih ramai orang dapat baca

    Reply
  9. penaberkala says:
    December 31, 2009 at 11:51 AM

    >ilmu yg baik tak salh disebar-sebarkan..kat 3 perkara yg akan dibawa kelak selepas mati..mungkin salahsatunya, penulisan2 mcm nih yg tergolong dlm kategori ilmu yg bermanfaan..ilmu ibarat pelaburan hidup..keuntungannya akan dikira di kahirat kelak

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 0 
  • Visitors today : 72
  • Page views today : 81
  • Total visitors : 286,603
  • Total page view: 823,541
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme