Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Salam ceria,

Ya, ini kontes pertama tahun 2014 yang saya sertai anjuran blogger Hasrul Hassan atau boleh juga digelar “sifu blogspot Malaysia”.

kontes-ilmu-blogspot-malaysia

Apa itu Blogspot?

Tipulah kalau blogger tak kenal blogspot. Boleh katakan semua blogger akan start blogging menggunakan medium blogspot yang dikelolakan oleh Google. Mungkin sebelum itu ada yang blogging guna Tumblr, friendster blog, macam² lagilah. Kemudian baru gunakan blogspot. Seterusnya beralih kepada wordpress.com atau wordpress self-hosted.

Pengalaman saya sendiri pun sama. Asalnya berblog menggunakan medium blogspot pada tahun 2008 hingga 2010. Kemudian upgrade kepada wordpress self-hosted.

Akan tetapi sehingga kini masih ada beberapa blogspot yang saya masih biarkan ‘hidup’ walaupun jarang berupdate.

Eksperimen pelbagai tutorial blog

Saya gunakan blogspot sebagai port eksperimen segala macam tutorial blog. Ada yang menjadi, ada yang tak menjadi. Peringkat permulaan nak sentuh coding HTML tu memang ketaq lutut. Tapi bila tutorial tu menjadi, alangkah gumbiranya rasa hati. Ketagih la nak try yang lain² pula.

Selain suka bereksperimentasi dengan tutorial blogspot, saya juga suka ubah² theme blogspot yang ada ribuan pilihan tu. Masa tu tak reti lagi yang ubah² theme ni boleh kacau SEO blog. Dok fancy sangat dengan theme² yang cun macam cantik jer macam comel jer.

 

macam-cantik-jer-macam-comel-jer

 

Pendek kata, blogspot adalah medan yang best untuk bereksperimen bab² tutorial ni. Dari situ saya mula mengenal sedikit sebanyak coding HTML dan susun atur blog.

Antara tutorial blogspot yang saya entrikan; Tutorial buat kotak banner exchange text area. Zaman blogspot awal² dulu kan suka exchange² banner blog gitu ;)

 

SEO blogspot yang cun

Ramai la otai dok kata, guna blogspot ni mudah masuk page pertama SERP (carian Google). Almaklumlah, blogspot kan anak buah encik Google.

Buktinya?

google serp blogspot

Keyword sebenar terpaksa dirahsiakan

Blogshop saya masih muncul dalam Google SERP halaman pertama untuk kata kunci “XXX” dan Google images walaupun saya dah lama tak update. Tak jual dah pun item tu. That’s why saya masih menerima order dari blogshop tersebut. ;) Kalau saya update, mungkin keyword tu akan duduk di tangga pertama kot.

Dan, bukan keyword itu sahaja, ada lagi keyword² blogspot lain yang berjaya menduduki laman pertama carian Google. Di tangga pertama pun ada alhamdulillah :)

*saat ini saya sendiri terkejut dan serta merta bersemangat nak hidupkan semula blogspot ^-^

So, untunglah ada blogspot ni. Maintain je walau dah beralih ke wordpress untuk strategi SEO.

Belajar ilmu SEO penting untuk blogger cari makan

Takkan buat blog tanpa nakkan hasil, kan? Unless jenis blog yang dijadikan diari online lah… Tapi kurang² mesti letak iklan Nuffnang barang sebijik. Cukup amaun, cash out. Seronok gitu dapat hasil… kan kan? :D

Ok. Kenapa SEO penting untuk bloggers cari makan? Lebih² lagi yang memang bina blog tu untuk tuai hasil tak kiralah dari Nuff ke, Adsense, KOMLI, Innity, blablabla.

SEO ni seperti yang saya habaq tadilah. Setting metatag di bahagian editor, main dengan keyword sikit, insyaAllah muncul di laman pertama carian Google.

Kenapa pula nak laman pertama tu?

Iyelah, biasanya bila orang mengGoogle, bila terjumpa hasil carian di page pertama itu yang akan jadi keutamaan untuk diklik. Faham kan?

Klik=trafik, Trafik=Duit :)

Untuk bercerita tentang SEO, saya bukanlah ahlinya, akan tetapi teknik asas tu kena tahulah juga kan.

Nak faham dan praktik dengan mudah, kena beli Kitab SEO Merah Jambu ni.

kitab seo merah jambu

Rasanya cukup dahulu sedikit perkongsian pengalaman menggunakan blogspot dari saya. Semoga sama-sama mendapat manfaat sedikit sebanyak yang ada.

Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan
ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my
serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com,
DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net,
DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

22 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *