Idea sajian susu sebagai menu harian yang sihat – Cocktail Buah-buahan dengan Susu Dutch Lady

cocktail buah-buahan dengan susu dutch lady

Idea sajian susu sebagai menu harian yang sihat – Cocktail Buah-buahan dengan Susu Dutch Lady

Sudahkah anda menyahut seruan Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari? Dengan 2 sajian susu sehari, dengan mudahnya objektif kempen ini akan tercapai iaitu untuk membina tabiat meminum susu setiap hari.

Tahukah anda bahawa 2 sajian susu Dutch Lady mengandungi kadar protein menyamai 2 biji telur, kalsium dalam 2 ikat bayam, vitamin A dalam 2 biji lobak merah dan vitamin B2 dalam 100gram badam.

Ya! Jika anda mempunyai sebarang idea sajian susu Dutch Lady jangan berlengah lagi dan hantarkan ke sini: Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari.

Idea menikmati susu untuk 7 hari yang pertama telah disediakan. Kami memerlukan bantuan anda untuk melengkapkan 14 hari seterusnya dengan cara menghantarkan idea menikmati susu dan anda berpeluang memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM200 untuk setiap idea yang dipilih.

*Keputusan pemenang bagi hari yang ke-8 hingga ke-14 akan diumumkan pada 3 September 2012, manakala keputusan bagi hari yang ke-15 hingga ke-21 akan diumumkan pada 10 September 2012.

Ini adalah susu-susu Dutch Lady yang boleh dijadikan pilihan idea sajian anda;

1) Susu UHT Dutch Lady                                        

2) Susu Tepung Famili Dutch Lady

3) Susu Disteril Dutch Lady                                    

4) Minuman Yogurt Dutch Lady

5) Susu Dipasteur Dutch Lady                                

6) Yogurt Dutch Lady

Banyak pilihan kan? Kalau tak gemarkan susu jenis UHT, anda ada pilihan susu jenis yogurt contohnya. Sangat sedap dan menyamankan. Perut kita pun dapat kebaikan bakteria² baik dalam yogurt tu.

Nak tahu apakah idea sajian susu Dutch Lady saya? “Cocktail Buah-buahan dengan Susu Dutch Lady” nama diberi.

Bahan-bahannya ringkas sahaja (untuk sajian sebuah keluarga kecil);

 1.       1 tin buah-buahan cocktail

2.       1 botol susu dipasteur Dutch Lady –  Fresh Milk

3.       Ketulan ais

4.       Agar-agar diparut atau Jeli sebarang perisa

 

Cara-caranya;

  1. Sediakan sebuah mangkuk besar.
  2. Tuangkan buah-buahan cocktail ke dalam mangkuk, diikuti dengan susu dipasteur Dutch Lady Fresh Milk. 
  3. Masukkan agar-agar yang diparut atau jeli. 
  4. Masukkan ketulan-ketulan ais, gaulkan kesemua bahan. Jika suka, boleh sejukkan lagi di dalam peti sejuk dan hidangkan sebagai pencuci mulut.

Sangatlah mudahnyaaa….. :)

Inilah hasilnya…

cocktail buah-buahan dengan susu dutch lady

 

Sajian ini kerapkali disediakan di bulan puasa yang lalu. Setelah beberapa jam berpuasa, berbuka dengan Cocktail Buah-buahan dengan Susu Dutch Lady ini sangatlah menyegarkan.

Selamat mencuba idea sajian susu Dutch Lady ini dan jangan lupa hantarkan idea anda pula ke dalam laman aplikasi Facebook : Kempen Nikmati Susu Dalam 21 Hari. RM200 mungkin menjadi milik anda ;) . Mari berkreatif-kreatif dengan mencipta idea sajian susu anda sendiri.

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *