Hormati keputusan Waheeda – tinggalkan dunia hiburan selama-lamanya

 

Salam berbahagia .

Rasanya siapa yang tak tahu kisah kontroversi penyanyi genre global music , Waheeda atau dikenali juga sebagai Waheeda Wassini bersama Ustaz Akhil Hayy kan ? Sejujurnya memang terdetik rasa sedikit menyampah dalam hati saya ketika itu . Opsss… Ok lupakan kisah itu … mereka sudah pun selamat diijabkabulkan … dah halal … biarkan lah … ;)

 

 

Waheeda juga kini sudah berpurdah . Apa niat dia yg sebenar , biarlah antara dia dgn Allah tapi syukur alhamdulillah dia sudah dapat menutup aurat dgn sempurna . Tahniah . Dan baru-baru ini Waheeda telah mengadakan ceramah agama di sebuah masjid . Walaupun Penasihat Pertubuhan Belia Islam Ampang, Ustaz Fazlul Rahimi menyarankan supaya Waheeda terus membabitkan diri dalam dunia hiburan berlandaskan syiar Islam, saranan itu tidak sedikit pun mengubah pendirian Waheeda untuk muncul semula.

 

“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.
“Saya serik dengan dunia hiburan, amat sukar untuk berwuduk dan menjaga solat. Kita tahu artis rindukan Allah SWT namun persekitaran merimaskan membuatkan kita leka menunaikan tanggungjawab sebagai hamba.

“Punca sukar menunaikan solat adalah kesibukan di set penggambaran. Saya berhadapan masalah untuk bersolat dan berwuduk kerana penggambaran yang melalaikan.
“Saya pernah mahu mengekalkan wuduk untuk bersolat lima waktu namun apabila pengarah produksi tahu saya berwuduk dia sewenang-wenangnya memegang tangan saya.
“Malah, dia (pengarah) turut ketawakan saya sesudah wuduk saya terbatal. Siapa dia untuk memainkan agama Allah!” katanya sambil menitiskan air mata.
Menurutnya, walaupun sempurna berwuduk kadang kala wuduknya terbatal sesudah terlanggar rakannya seorang lelaki yang berimej wanita.
“Saya rimas dengan dunia hiburan, saya bertekad meninggalkan dunia itu kerana dunia hiburan tidak menghormati Allah SWT,” katanya. Kata Waheeda, dia juga tidak mahu menyanyi lagi walaupun nasyid dengan alasan haram seorang wanita melunakkan suara di khalayak ramai.

 

Baca kupasan lebih lanjut …

 

Tahniah sekali lagi Waheeda . Itulah jalan yang terbaik … :) Hormatilah keputusan dia untuk tidak melibatkan diri lagi dalam dunia hiburan buat selama-lamanya . Memang saya selalu jugak terfikir ; macammana lah artis² ni nak bersolat di lokasi penggambaran dan sebagainya. Solat ni bukannya boleh sengaja² ditinggal dan diqadha’ begitu saja tanpa alasan/uzur syar’ie . Tak boleh buat main² woo…! Satu saja waktu solat yg ditinggalkan dgn sengaja , maka akan tertulislah nama di pintu neraka …nauzubillah !

 

Jom layanzzz gambar² Waheeda berpurdah .. dan kebanyakannya bersama² suaminya Akhil Hayy … Credit to Google yepp …

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

bersama anak-anak suaminya ...

 

Dahlah tu ye … ikutkan nak aje tempek sume gambar berkaitan :p .

 

Incoming search terms:

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *