Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Homestay Regalia Studio, mu tunggu aku datang

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Homestay Regalia Studio, mu tunggu aku datang

Homestay Regalia Studio

Homestay Regalia Studio. Nama pun sudah kedengaran unik, intai-intai ‘rupa’ pun menarik. Harusss cuba ni. Homestay Regalia Studio, mu tunggu aku datang! (pengaruh filem terbaru lakonan UAI ni)

Apa yang membuatkan Homestay Regalia Studio yang terletak di Jalan Kuching, Kuala Lumpur ini menarik? 

~ Homestay apartment studio yang selesa dan mudah lagi eksklusif
~ terletak di bandar KL, lokasi yang strategik
~ berjalan kaki dari PWTC dan stesen Komuter/LRT
~ harga yang berpatutan
~ swimming pool view yang memukau di tingkat 5 dan 37
~ squash & steam bath
~ pelbagai kemudahan seperti gym, kedai runcit, kedai laundry dan pelbagai lagi
Lebih dari cukup untuk kriteria sebuah homestay.

Kenapa saya nak menang penginapan di Homestay Regalia Studio?

Berjalan-jalan bersama famili sudah menjadi suatu kemestian dalam diari hidup saya. Kerana ianya merupakan salah satu terapi minda buat saya, seorang surirumah sepenuh masa, 24/7 di rumah menguruskan famili dan rumahtangga.

Biasanya bila bercuti, kami sefamili akan menginap di mana-mana hotel atau homestay samada tajaan universiti (tempat suami mencari rezeki) atau atas tanggungan sendiri.

Homestay Regalia Studio menawarkan pakej penginapan berkonsepkan homestay yang moden, ala-ala hotel di Kuala Lumpur. Bukan mudah nak mencari penginapan sebegini dengan harga berpatutan di bandaraya metropolitan. Sudahlah berpatutan, mudah pula nak merayau-rayau sekitar KL. Boleh bawa anak-anak merasa naik LRT, pergi bermain di Cosmos World Berjaya Times Square, pergi ke Petrosains di KLCC dan Ummi pula shopping di SOGO. Waahhh ~ :)

Bukannya sekadar indah khabar dari rupa, mari lihat gambaran sebenar homestay ini….
Homestay Regalia Studio
Pemandangan Homestay Regalia Studio di tengah bandaraya KL
Katil single ada, katil Queen pun ada. Nak baby cot pun boleh.
Homestay Regalia Studio
Sofa yang empuk dan selesa menanti untuk diduduk sambil menonton TV.
Homestay Regalia Studio
Ruangan mendobi yang cozy sekali. Rasa nak je tempat gantung baju macam tu di rumah.  :)
Homestay Regalia Studio
Sudut dapur yang kemas dan lengkap peralatan dapurnya. Terasa bagaikan di rumah sendiri ^-^
Homestay Regalia Studio
Bilik mandi yang eksklusif, sama taraf seperti bilik air hotel 4 bintang.
Homestay Regalia Studio
Anak-anak sudah tentu akan mencari kolam renang. Mereka pasti begitu teruja berjimba di dalam kolam cantik seperti ini.
regalia pool
Mak ayah pula sambil memantau anak-anak mandi, boleh menikmati pemandangan indah bandaraya Kuala Lumpur. Awesome ~
regalia pool2
Dah penat bermandi-manda, anak-anak tentu suka jika dapat bermain di bilik kanak-kanak ini.
Homestay Regalia Studio

Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hantarkan emel ke: roomshortstay@gmail.com

Rate harga around RM150-RM200 semalam menginap di sini. 

 

 

Homestay Regalia Studio, mu tunggu aku datang…. mudah-mudahan ada rezeki menang dari Eyriqazz. ;)

 

 

22 Responses

  1. akubiomed says:

    Menarik tempatnya dengan pemandangan kota raya dari tepi kolam.

  2. nazra says:

    salam singgah. sungguh harus mu tunggu aku datang lah kalau lagu (sila baca : macam) niiiiii :P

  3. titan says:

    wahh..mesti leh menang nih.

  4. nurmisnan says:

    Memang sgt menarik.. I loike
    All d best.

  5. Wow! Superb betul rupa homestay nih. Takde gaya homestay sangat pun. Lebih macam hotel suite :D

    Semoga Puan berjaya menginap dengan percuma di Homestay Regalia Studio nih ;)

  6. cik tom says:

    good luck sis! menarik dan eksklusif kan homestay regalia ni…

  7. azza says:

    akom… sy nk book utk 3 blik nyer pd ahad nie 14/12..book utk satu mlm..ade x??

  8. azza says:

    kalo ade tlg inform sy yer…sy nk hrge yg brpatutan..boleh??

  9. azza says:

    sy x dpt nk email website sis…

  10. noly says:

    cmna nk dptkn no phone ni??nk book

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *