Homeschooling versi Ummi Hanie (Pt . 1)

Salam ,
Sihat semua ? Syukur alhamdulillah. Cuma anak2 saya ni lah, kejap2 ada yang flu, ada yang batuk. Banyak kali dah mak saya pesan suruh makan vitamin c lebih sikit, tapi sampai la ni saya tak beli2 lagi Vitamin C untuk kami anak beranak . Huhuhu . . . Kita ni takpe lagi, ade jugak makan sayur2an, bebudak tu mananya mau makan, idak gitu ? Sesekala je angin mana yg datang, barulah depa makan.

home school
Ok saya nak potpet sikit tentang homeschool  ni. Biasa dengar tak ? Bagi saya, sebelum berblog lagi dah biasa dengar, contohnya dalam keluarga SufiahYusuff (girl yg genius Matematik tapi ‘karam’ di UK tuh). Ya, parents si Sufiah ni amalkan homeschooling sepenuh masa. Homeschooling ialah aktiviti belajar di rumah samada secara formal mahupun tidak formal. Dan setahu saya ia terbahagi kepada 2 yakni FULL TIME dan PART TIME .
Homeschooling or homeschool (also called home education or home learning) is the education of children at home, typically by parents but sometimes by tutors, rather than in a formal setting of public or private school.
– Dipetik sedikit dari wikipedia .
Saya pada mulanya agak ‘takut’ dengan term homeschool ni sebab saya rasa tak mampu nak buat sepenuhnya. Sedar tak sedar rupa2nya saya dan ramai juga ibu2 yang lain dah terlibat dgn homeschool ni secara PART TIME. Hebat rasanya. Hehe. Tambah pulak saya ni surirumah sepenuh masa, sangat tidak patut tidak mengajar sesuatu kepada anak2. Betul tak ?
What makes me even proud is, my eldest daughter, Nurul Hafizah yang kini berusia 6 tahun sudah boleh MEMBACA dgn lancar. Memang target saya dan encik somi untuk tengok (bukan takat tengok je ye) anak2 kami boleh membaca sebelum masuk alam sekolah rendah nanti.
Sebenarnya, Hafizah punya insiatif sendiri yang membuatkan dia pandai membaca seperti hari ini. Saya pernah mengajar dia, tapi saya ni jenis garang sikit la dengan anak2. Tak boleh jadi. Haha. Alhamdulillah la stok buku/majalah kanak2 di rumah ni memang tak putus2 malah melebihi bekalan.
Syukur . . . dengan bantuan buku2 itulah Hafizah belajar membaca sendiri dengan lebih lancar hari demi hari selain belajar di tadika. Saya kagum dengan usaha dia. Gigih. Sekarang ni kami nak cuba bagi dia habiskan IQRA’ sebelum masuk tahun baru (2010) insyAllah. Buat masa ni dah sampai IQRA’ 5. Alhamdulillah. Yang ni kami hantor ke ‘bomoh luar’. Bukan apa, nak bagi dia seronok sikit ngaji ramai2 dgn kengkawan. Tapi . . . slow sikit la. Cutinya sama dgn cuti sekolah. Tak campur dgn cuti ‘piyed’ lagi .
So . . . 2-3 hari ni encik somi dah bagi tugas baru utk saya. Beliau memberi ‘carrot’ kepada saya sebagai satu motivasi utk mencapai target. Err . . korang mesti dah penin2 lalat fikirkan ‘carrot’ itu. Umpan la beb. Atau bahasa moden, INSENTIF.
Saya bukanlah gilakan insentif tu sangat ye kengkawan. Tapi kan, bila seorang suami dah mintak dgn sungguh2, rasa tak senang duduk dibuatnya. Maka bulan ni kami decide utk berhentikan aktiviti mengaji dgn ‘bomoh luar’. Bukan dia tak bagus, cuma slow sikit seperti yg saya terangkan tadi. Maybe sebab student pun dah ramai kot . . .
Aha, encik somi mintak supaya Hafizah dapat mula mengaji Al-Quran starting 1st January 2010 ok. Jadi ada masa beberapa hari lagi utk saya tamatkan Iqra’ dia. Yg tu saya ready insyaAllah . Ekceli request pertama encik somi nak tau ape ? Habiskan al – Quran tu sebelum menjelang tahun baru 2010 nun. Mati mak dibuatnya. Kalo cenggitu melepas le ‘carrot’ besor weih. Haha . .  Erm korang jgn le sangka bukan2 kat saya ye? Sapa tak nak anak pandai serba serbi kan… Yang penting agama tu jangan tercicir. Masa kecik2 ni la kita nak bentuk mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *