Home Office buah tangan suami tercinta :)

 

“Entry ini ditulis untuk cabaran #1 iPad MySuperKids yang direviu oleh Nor Haryati Yahya”

 

Salam bahagia kalian semua . Semoga sihat² selalu . Alhamdulillah saya sekeluarga sihat sahaja dan si kecilku Zaid baru saja nak pulih daripada “cherry-berry” … maybe sebab nak meringankan badan kata orang tua² .

 

Saya dah janji nak reveal kisah selanjutnya daripada entri ini kan ? Ada yang meneka dengan betul , ada juga yang tersaspen² menunggu sambungan entri tersebut … hehehe .

 

Yup , akhirnya saya sudah memiliki home office sendiri di rumah . Erk , nama pun home office kan ? Panjang² pulak penerangannya . TERIMA KASIH BANYAK² pada SUAMI TERCINTA yang begitu bersemangat menyediakannya untuk saya . Terharuuuuu ~ Dan bagi saya ini adalah satu KELAHIRAN baru kerana ia memberi semangat baru untuk saya meneruskan kerja² blogging di samping mengeksplorasi dunia perniagaan online dengan lebih jauh dan mantop ;) .

 

Saya tak pernah meminta² , sekadar terdetik dalam hati sahaja . Mungkin rezeki mengandung @ rezeki bayi dalam perut kata orang kan … dapat juga saya miliki home office sendiri . Tidaklah segah mana , simple saja dengan kos lebih kurang RM1100 sahaja (termasuk PC) serta sedikit kekreatifan sang suami mendesign , maka terhasillah home office ini …. Jemput² tengok ;

 

Photobucket

 

 

 

 

 

SYUKUR ALHAMDULILLAH ^ – ^

Walaupun simple tapi saya tetap sukaaaa …

Ini pula gambar ‘ofis’ lama … sebenarnya meja lama je ….

meja lama dimodelkan oleh Zaid ! ;;)

 

Sudah pun ditransform menjadi transformers meja belajar Kakak (anak sulungku) .

So , masih berguna dan berjasalah meja lama @ ofis lamaku itu …

Dengan rasminya juga saya kena ucapkan BYE² kepada lappy kesayangan yang dah begitu sebati denganku , Cik Dell Si Hitam Manis dan mengucapkan HYE² kepada desktop PC yang baru . Alhamdulillah syukur masih ada juga sumber internet di rumah ni .Mungkin  juga home office baru ni sebagai salah satu jalan encik hasben nak memujuk saya ‘berpisah’ dengan sang lappy tersayang tu kot … muehehehe ~ Bijakkk … bijakkk .

 

 

DELL

Sangat bagus ini lappy ... sayam mu ;)

Oh ya . Encik hasben perlukan lappy ini untuk urusan kerja di KL . Jadi kena saling bertolak ansur lah kan … It’s ok . Mula² je rasa janggal sikit pakai desktop , kemudian tu sekejap je dah serasi .

 

Kenapa pulak nak kena ada home office ?

 

Soklan yang baek … terbaek … hehehh . Encik hasben mengharapkan supaya saya dapat jana income dari internet walaupun secara sambilan . Bukan tak cukup serba serbi , alang² dah berinternet tu kan , janganlah sia²kan peluang yang terbentang luas pada masa kini dengan teknologi moden yang dah sedia ada . InsyaAllah , saya juga rasa bersemangat (semangat baru) dengan wujudnya home office ni . Terima kasih banyak² Abang ! Saya akan cuba usaha sebaik mungkin untuk memajukan lagi online biz yang sudah ada serta memahirkan diri dengan selok-belok blogging untuk dapat hasil sampingan . Kalau menang iPad dari MSK pun bertambahlah sumbernya ! ^-^

 

Selain daripada itu , ada kelahiran yang lebih besar maknanya dalam hidup kami . Pembaca² setia blog ini pasti sudah tahu . Ya , kelahiran bayi ke-5 kami pada hujung tahun ini (November ’11) insyaAllah . Doakanlah semoga kandungan ini dan ibunya juga selamat serta dipermudahkan … Amin .

 

p.s : Yukkk ahli grup B …. hantarkan penyertaan anda segera !

 

Incoming search terms:

21 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *