Hikmah Bersahur di bulan Ramadhan

Salam…

Semalam hari lahir encik suami. Happy Birthday Abang Darl…. Semoga diberkati selalu… amin…

Hari ini sudah 1 Ramadhan 1436H.

Selamat BERPUASA semua !

Cepatnya masa berlalu.

Kalau tahun 2014 yang lalu, saya dan suami dah berdebar-debar menunggu hari nak berangkat ke Tanah Suci. Masih menunggu-nunggu pengumuman tarikh pergi. Ya Allah rasa nak ulang balik masa…

So, start malam semalam bersolat Tarawikh lah kita, dan pagi  pula start bersahur.

Tahun ini dijangka 4 orang anak akan berpuasa bersama-sama, termasuk yang di tadika tu… Zaid.

Tak dapat penuh, dapat seberapa lama yang bolehlah kan. Takmo paksa-paksa sangat.

Okey. Hikmah bersahur di bulan Ramadhan.

Ramai juga yang buat style ‘sahur’ tengah malam, yakni makan puas-puas sebelum tidur. So esok pagi bangun Subuh terus puasa. Gitu.

Itu bukan bersahur namanya yer. Itu Supper kata omputeh.

Bersahur ni amalan sunnah nabi kita.

Jadi, kita disarankan untuk ikut amalan Nabi.

Sebab setiap apa yang Baginda buat, pasti ada hikmah dan kejayaan.

Jadi, waktu paling ideal bersahur ialah kira-kira setengah jam sebelum azan Subuh dilaungkan.

Sahur ni biar lambat-lambat, berbuka biar cepat-cepat. Ahaa…

hikmah bersahur

“Kami telah bersahur bersama-sama dengan Nabi, kemudian Baginda bangun untuk mengerjakan solat. Aku (Anas) bertanya, berapa lama tempoh antara azan dengan sahur itu? Zaid menjawab sekadar bacaan 50 ayat al-Quran.”

Latih anak-anak makan buah kurma kerana ianya mengandungi zat dan tenaga semulajadi yang menakjubkan.

“Makan sahurlah kerana sesungguhnya dalam makan sahur itu ada berkat.”

“Sesungguhnya perbezaan antara puasa kita dengan puasa ahlil kitab ialah pada makan sahurnya.”

Berpuasa sambil menyusu anak

Ramadhan kali ini saya masih menyusukan si kecil Muaadz. Azam saya nak cukupkan tempoh penyusuan 2 tahun tu insyaAllah. Bukan mudah rupanya.

Sebelum ini, paling lama menyusu anak hingga berusia 1 tahun 8 bulan (anak ke-5) . Yang sebelum²nya semua berhenti di usia setahun setengah.

Muaadz sudah mencecah usia setahun 9 bulan.

Ada 3 bulan lagi nak berjuang ye ummi. Caiyok2…

Production tak dinafikan sudah berkurangan.

Tapi, saya tetap positifkan minda.

Antara suplemen yang saya cuba kekalkan ialah EPHYRA.

Tapi sebelum sahur tadi lupa pula nak minum… kalut sikit first day kot…

 

 

Apa menu berbuka 1 Ramadhan ni yer?

Yang ada dalam peti ais tu… sotong kembang dan sosej…. kegemaran anak-anak….

Bayangan Bazar Ramadhan kadangkala menjelma…. ahhh!

Selamat Berbuka !

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *