Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Hidung berdarah – Punca & cara menghentikannya

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Hidung berdarah – Punca & cara menghentikannya

Salam wbt.,

Hidung berdarah lagi Kakak pagi ini.

Semalam pun begitu. Sampai basah² baju Pendidikan Jasmaninya.

Mujurlah pakai tudung hitam, tak nampak kesan darah.

Kalau pakai tudung putih, baju putih, dah macam zombie gamaknya… huhuu… *tak baik ummi cakap gini* :p

children nosebleed

kredit gambar: Google Images

Makanya ummi bawa Kakak ke klinik pagi ini memandangkan Kakak tak ke sekolah kebangsaan.

Periksa suhu badan, degupan jantung, paru². Semua OK. *syukur*

Biasanya hidung berdarah ni dikaitkan dengan “panas dalam”.

kakak muaadz

Kakak sempat meriba si adik bongsu Muaadz ketika menunggu giliran jumpa doktor…

Kesimpulannya doktor kata;

# sesetengah budak memang hidung mereka agak sensitif – kerap berdarah. macam Kakak ni

# jangan tenyeh² hidung ketika berdarah, akan banyakkan lagi lelehan

Cara menghentikan hidung berdarah;

# Tekan sebelah hidung lebih kurang dalam 10 minit

# Jangan mendongak, tapi tundukkan kepala, biar darah leleh keluar

# Tuam hidung dengan ketulan ais (dibalut dalam kain/saputangan)

# Minum banyak air.

# Berehat.

Boleh refer artikel Dr Zubaidi untuk lebih info.

Incoming search terms:

 

29 Responses

  1. azrin says:

    semoga kakak ok2 shje… inshaAllah…

  2. Yeen says:

    Ya Allah same dengan anak ke 2 I! Hidung selalu berdarah tiba-tiba! Taktau nape.. mungkin sebab dia kurang minum air huhuhu. Yang kelakarnye, kawan-kawan i ade dlm 5-6 orang pun experience yag same, anak kedua selalu hidung berdarah tiba-tiba. Apakah misteri disebalik? hehe

  3. titan says:

    Ya. Banyakkan minum air lepas tu.

  4. amirulfaiz says:

    Memang menakutkan bila hidung keluar darah, kalau tak pernah kena, boleh panik kejap. Ni dah baca artikel ni, rasa tak berapa panik kot kalau berlaku.

  5. Manan Qayyim says:

    macam tu rupanya cara nk hentikan…. blum ada pengalaman hadapi masalah macam ni…

  6. akubiomed says:

    Pernah berlaku kepada anak beberapa kali. Selalu guna tisu untuk hentikan pendarahan.

  7. paan says:

    Kalo budak lelaki , mesti rasa macam gengster jer bila hidung berdarah… haha

  8. Owh terima kasih atas tips ni puan. Baru tahu cara nak hentikannya.

  9. Rokiah says:

    terima kasih info.. budak2ni senang berdarah hidung..terutama anak lelaki

  10. Setakatni tak ada pengalaman lagi anak2 hidung berdarah ni, tp alhamdulillah lps baca entry ni tahu dah apa nak buat andai berlaku..

  11. yus says:

    sama macam anak ke tiga saya Abid. Selalu hidung berdarah terutama kalau dia main lasak2. Dulu mula2 memang takut, bila doktor cakap perkara yang sama mcm di atas, lega, so bila hidung dia berdarah memang lakukan perkara serupa, suruh dia banyak rehat, dan minum air banyak.

  12. suri says:

    dulu masa sekolah kawan saya ada kene ini macma heee..kami masa kecil terus kata eiiii takut idung dia berdahah heeee

  13. Hafizul says:

    Dulu…saya pun pernah gak hidung berdarah..pantang main panas..hidung akan berdarah..tapi bila sah besar ni, tak ada lagi dah..hehe

  14. limie says:

    ngeri tengok gambar budak hidung darah..

    gud info.. sebelum ini tak pernah tau pasal ni (^__^)

  15. Hani Jalani says:

    Anak Hani pun kerap hidung berdarah. terutama musim panas sekarang ni. dan camtu jugakla cara-cara kami handle dia. Budak camni memang dah tau sensitif, jgn bagi berjemur sgt dan nasihatkan kerap minum, kan?

  16. Cik Puan Ida says:

    Semoga sihat selalu kakak..
    comel adik kakak..
    detiksihat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *