Hayatnya sudah berakhir, masa untuk cari pengganti?

Sedihnya bila hayat sesuatu benda apatah lagi seseorang yang disayangi itu berakhir. Alhamdulillah kali ini, bukan hayat seseorang, tapi hayat sesuatu… yang banyakkk berjasa dan bertindak sebagai pembantu saya yang efektif.

Apakah ia?

 

Buaian bermotor elektrik – menghenjut buaian menggunakan elektrik

tali penghenjut (kotak merah) itu sudah ‘kepenatan’… minta diganti

Seingat saya, buaian dan penghenjut elektrik ini dibeli selepas Zaid dilahirkan. Sampai la ni adkinya Huzaifah dapat guna. Lepas je susukan mereka sampai tertidur, terus masukkan dalam buaian yang dihenjut automatik ni. Sangatlah mudah saya nak buat apa² kerja rumah dan online.

Tapi… sejak sebulan dua ni, tali penghenjut tu macam dah bermasalah. Mungkin sudah keletihan… Banyak sudah jasanya dalam 4 tahun ni (ikut umur Zaid). InsyaAllah akan dibawa semula ke kedai asal tempat beli buaian ni, tanyakan taukenya kot² boleh ganti talinya sahaja…. atau terpaksa beli penghenjut elektrik yang baru? InsyaAllah petang ini baru nak ke kedai.

Anak² saya memang tak pandai melepak dalam baby cot @ katil baby. Kami ada beli playpen tapi paling² lama pakai pun dalam 2 – 3 bulan pertama selepas baby lahir, lepas tu lipat semula, simpan…. Lagipun, ruang dalam rumah tak besar sangat… Cukuplah pakai buaian tu saja. Syukurlah anak² saya ni boleh tidur berbuai dan tidak berbuai. Fleksibel ~

Incoming search terms:

10 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *