Hati-hati jeli babi

Mungkin ramai dah baca berita ni , tapi saya tak kesah , nak publish jugak entry ni untuk peringatan diri dan anak² .

Tak dinafikan saya pernah beli dan makan jeli seumpama ini,tapi harap²nya tiadalah unsur² kebabian itu … Jikalau  ada, kena istighfarlah banyak² dan mohon padaNya agar disucikan semula tubuh badan ni dari benda² haram tersebut. Dan tak lupa juga dipesan pada anak² agar tidak makan jeli ini di sekolah jika ada dijual …

KUALA LUMPUR: Lambakan pelbagai jenis gula-gula jeli dan getah pelbagai warna serta bentuk yang diimport mencetuskan keresahan pengguna Islam berikutan 80 peratus dihasilkan daripada gelatin babi.

Gula-gula terbabit yang dijual berleluasa di kedai runcit dan pusat beli-belah dikesan tidak mempunyai logo halal, termasuk daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dakwaan mengaitkan gula-gula terbabit dengan penggunaan gelatin daripada kulit atau tulang babi diperkuatkan lagi apabila pengedar atau pengilang sengaja tidak menyenaraikan kandungan bahan gelatin digunakan pada bungkusan.

Sehingga kini, lebih 50 jenis gula-gula jeli dan getah yang berbentuk menarik untuk memikat pengguna cilik diragui statusnya berada di pasaran, lantaran sikap pengimport dan pengedar yang berdiam diri berhubung status halal.

Tinjauan Harian Metro mendapati gula-gula itu yang dijual sama ada secara timbang atau dalam peket plastik kecil menarik perhatian kanak-kanak berikutan bentuknya seperti buah-buahan, binatang dan kuih.

Malah, harganya semurah 20 sen hingga RM1 sebungkus menyebabkan kanak-kanak menjadi ketagih membelinya setiap hari.

Seorang pengadu, Iylia Hani Talib, 24, berkata kewujudan gula-gula terbabit yang mudah dibeli di kedai runcit atau pasar raya mula menimbulkan keraguan apabila kerap dibeli dan dimakan rakannya.

Menurutnya, walaupun tidak mempunyai pengetahuan khusus mengenai proses pembuatan gula-gula terbabit, dia mendapat tahu ia memerlukan gelatin sebagai bahan asas utama.

“Mulanya saya turut sama menjamah gula-gula getah itu, namun selepas mendapati ia tidak mempunyai logo halal, saya mula was-was.

“Selepas bertanya rakan yang bertugas di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya yakin produk terbabit yang dipasarkan tanpa logo halal dikhuatiri mengandungi gelatin tetapi dibungkus dengan pembalut yang tidak menyatakan kandungan sebenar bagi mengelirukan umat Islam.

“Ada kemungkinan pengusaha makanan ringan asing dan tempatan berpakat merahsiakan kandungan tepat ramuan gelatin yang digunakan kerana tidak mahu produk mereka dipulau pengguna Islam.

“Tindakan pengusaha terbabit nyata tidak bertanggungjawab kerana menyembunyikan sesuatu yang sepatutnya diketahui umum bahan yang digunakan itu tidak halal,” katanya.

Kata Iylia, dia mengesyaki gelatin gula-gula itu tidak diproses mengikut kaedah dibenarkan syariat Islam, apatah lagi makanan itu dikeluarkan pengusaha asing yang pasti tidak menitikberatkan soal halal haram.

Dia berkata, penggunaan gelatin dalam makanan terbabit harus dilabelkan untuk memudahkan pengguna, terutama orang Islam mengetahui sama ada makanan itu halal atau haram.

Panjang pulak berita ni , sambung baca di sini : Harian Metro Online

Pernah dengar gelatin halal tak ? Halagel ada keluarkan produk itu tau . So,betterlah pergi cari dan buat sendiri kalau kemaruk sangat nak makan jeli² begini . (saya pesan kat diri sendiri ler…)

==> Halal Gelatine

Baca juga : Apa itu gelatin halal

Sebut tentang gelatin ni , hati² juga dengan produk² yang menggunakan kapsul. Kerana dikhuatiri diperbuat daripada gelatin babi juga.

Incoming search terms:

28 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *