Hati-hati dengan mak nyah penipu pakej perkahwinan

Kesian betullll mereka yang tertipu ni . Kira kes Tipah Tertipu jugak ni . Cuba bayangkan . Duit dah habis puluhan ribu nak anjurkan majlis kahwin , konon dijanjikan segalanya . Tup tup hari kenduri dapat hidang air dan makanan ringan je ! Tak ke haruuu namanya tuh ? Tak baik tau tipu menipu ni ! Tak berkat rezeki . Senang kejap aje , susahnya nanti lagi berpanjangan kalau tak bertaubat cepat-cepat . Eh celoteh panjang pula saya ni . Jom lah baca apa kes nya ;

GOMBAK: “Kami hanya berikan minuman dan makanan ringan kepada tetamu,” kata seorang mangsa penganjur perkahwinan yang gagal menyediakan pakej dijanjikan menyebabkan pelanggannya bukan saja kerugian puluhan ribu ringgit, tetapi turut menanggung malu.

Mangsa yang meminta identitinya tidak didedahkan berkata, dia sudah membayar RM37,000 kepada penganjur perkahwinan terbabit untuk pakej perkahwinannya merangkumi khidmat katering, kad jemputan, baju pengantin, gubahan hantaran, pelamin dan katil.
“Malangnya, sehari sebelum perkahwinan saya pada September tahun lalu, dia menghubungi saya dan memaklumkan gagal menyediakan semua yang dijanjikan.

 

Antara modus operandi mak nyah itu ialah meminta pelanggan memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun yang didaftarkan atas nama ibunya yang berusia lewat 50-an.

Mangsa terbaru mak nyah terbabit ialah Ab Wahab SH Salim, 57, yang merancang mengadakan majlis perkahwinan anak ketiganya, Mohd Fitri, 27, pada Sabtu ini dan sudah membuat bayaran pendahuluan RM21,000.

BACA LEBIH LANJUT DI SINI ….

Zaman sekarang ni semua benda nak kena berhati-hati sangat kan ? Nak buat walimatul urus pun dah jadi walimatul TAK URUS …. ish ish ishhh …. :(

Incoming search terms:

Comments

  1. yan says

    aishh bahya jugak amik pakej yg lengkap camni.. catering dia kemah dia.. mak andampn dia.. kad jemputanpn dia..
    kite bajet.. senang nak berurusan… sbb semua nye dia.. tp last2 hampeh jadinye
    menakutkan..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *