Hari terakhir persekolahan sesi 2013

Salam wbt.,

Sesi persekolahan 2013 sudah tiba ke penghujungnya? Terasa macam baru semalam anak-anak start sekolah… Pantas sungguh masa berlalu.

 

Keputusan UPSR 2013 pun sudah diumumkan. Tahniah buat yang berjaya dapat straight A’s. Yang kurang berjaya, usahlah terlalu bersedih hati. Panjang lagi perjalanan ilmu kalian. Azam untuk buat yang lebih baik. Parents juga usah terlalu memberi tekanan kepada anak-anak untuk belajar dan merangkul semua A dalam pelajaran. Biarlah anak-anak belajar dengan keinginan dan semangat sendiri tanpa ada tekanan dari ibubapa.  Ehemmm Prof UmmiHanie berhujah :p

 

Anak-anak saya belum ada yang ambil UPSR… betulke UPSR dan PMR 2013 yang terakhir? Maksudnya anak-anak saya (dan anda juga) tak merasa ambil UPSR/PMR lepas ni. Encik suami yang inform begitu. Takpe, nanti saya check semula. Hihi… Keputusan peperiksaan akhir tahun anak-anak di tahun 4 (kakak) dan tahun 2 (Abang) biasa-biasa saja… Kakak mungkin akan terus stay di kelas kedua, manakala si abang mungkin terpaksa turun dari kelas pertama ke kelas kedua. Tak mengapalah… Ummi dan Abah akan terus bagi semangat untuk belajar tanpa memberi tekanan, insyaAllah… dan Alhamdulillah tahun ini Kakak merasa naik pentas untuk ambil hadiah kategori matapelajaran terbaik seluruh darjah bagi subjek Bahasa Melayu Penulisan. Berhasil dan berbaloi minat kakak pada penulisan karangan ni. ^-^

 

kakak abang

kakak & abang… serasi bersama ~

 

 

Oni (Munirah) pun menamatkan zaman tadikanya selama 2 tahun di TCB… Terasa macam baru tahun ni je dia masuk tadika, tup-tup dah nak masuk tahun 1 next year. InsyaAllah tahun depan 3 beradiklah dalam satu sekolah yang sama. Best juga sekali harung anak-anak bersekolah ni kan. Membesar bersama-sama. 3 bersekolah, 3 di rumah. atau mungkin boleh jadi… 4 bersekolah (termasuk seorang tadika) , 2 baby di rumah sahaja dengan Ummi… tengoklah macammana.

 

tadika

Nampak belakang tu tadikanya yang colorful? Dekat jeee dengan rumah… beberapa langkah sampai le. Beberapa hari sebelum bersalin pun masih jalan kaki jemput Oni balik.

 

oni grad

graduasi tadika… amboi jeles Ummi dulu tak dapek pakai jubah gitu

 

Terkilan jugak sebenarnya kali ni kami laki bini tak dapat tengok kakak naik pentas dan Munirah buat persembahan di Hari Graduasi TCB dia. Sejak 2 bulan lepas lagi dia dok menyanyi² lagu persembahan untuk hari grad tu nanti sampai kami satu family pun sama-sama terikut menyanyi. Ummi memang dah berangan nak pegi tengok… Manalah tahu dah bersalin pula, dan masih dalam pantang…  :(

 

Okay lepas ni kita sibuk-sibuk mencari baju uniform sekolah anak-anak pulalah ya. Yang mana masih elok, kita pakai dulu. Tak usah membazir. Bulan 12 nanti pula dah boleh beli buku tulis dan kelengkapan sekolah yang lain. Dah buat kira-kira ni, total untuk anak bertiga tu semua dalam RM232.40. Belum masuk belanja uniform, kasut sekolah semua tu.

 

Hmmm…. tahun depan agak sibuk juga cadangnya nak masukkan mereka bertiga ni ke KAFA juga. Moga dipermudahkan urusan semuanya…

Oh! Apa planning cuti sekolah panjang ni? Biasalah… mesti ada kenduri-kendara, kanak-kanak lelaki berkhatan, travel sana sini. Kami ada la planning sikit sebanyak lebih kurang macam gitu lah…

 

12 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *