Hari-hari adalah Hari Ibu

 

Sambutan Hari Ibu . Pelbagai komen didengar tentang hukum menyambutnya . Pada saya , hari-hari adalah Hari Ibu . Apa , nak tunggu Hari Ibu je baru nak calling-calling mak kita ? Salah tuuu ….

 

Sementara sang Ibu masih ada di dunia bersama-sama kita ni lah masanya untuk selalu ziarah dan hargai mereka . Segala salah silap ibu , maafkanlah . Tanpa ibu , tiadalah kita di dunia (dengan izin Allah Taala) .

 

Dan saya juga berasa sangat bertuah kerana berpeluang menjadi seorang ibu @ Ummi kepada 4 cahaya mata (and so on … insyaAllah … he..he :) . Seawal usia 19 tahun lagi saya sudah menimang bayi , yang mana sebelum ini , seorang adik pun saya tak pernah bela . Maklumlah , anak bongsu ;) .

 

 

Kini membesar , sudah pun bersekolah . Oh ya , hari ni Kakak start exam Penggal Pertama . Wish her luck ! ;)

 

 

Daripada berdua jadi bertiga . Daripada bertiga jadi berempat . Daripada berempat jadi berlima …. Daripada berlima jadi berenam …. :) Alhamdulillah . Rezeki minallah .

 

 

Berbalik pada Hari Ibu . Saya malas nak berdebat di sini tentang hukum menyambut ke , ape ke . Ada yang kata makruh , ada yang kata bidaah . Wallahua’lam . Yang paling penting , kena hormati ibu , juga ayah . Keutamaan seorang ibu adalah 3 kali ganda daripada ayah . Ada disebut dalam hadith Nabi ye … Pernah dengar kisah pemuda bernama Alqomah ? Ok silalah Google :p .

 

Nak cerita sikitlah pengalaman yang tak seberapa ni berbanding orang lain yang hebat2 belaka sepanjang bergelar “Ummi” ni . Memang membanggakan bila mempunyai cahaya mata , apatah lagi jika bukan seorang . Seringkali saya ke mana-mana membawa anak-anak , soalan2 begini akan ditanya ;

” Semua ni anak ke ? “

” Jaga sendiri ke semua ni ? Ada pembantu ? “

“Tak penat/susah ke jaga ramai-ramai ni? “

” Kerja ke ? Cikgu kot ? “

 

Dan biasanya mereka akan menyangka saya ni wanita yang bekerja . Tak tahulah kenapa . Saya rasa penampilan saya sangatlah sederhana , tak menampakkan ciri-ciri career woman langsung . Dan mostly akan sangka saya ni seorang cikgu :) . Iyalah , betullah tu …. cikgu jugak kan untuk anak-anak sendiri betul tak ? ;)

 

Untuk soalan-soalan di atas tu , biasanya saya jawab  apa yang benar lah . Saya memang tak ada pembantu . Tak pernah ada . Suami dan anak yang besar je membantu  . Yang lain-lain tu , kecik2 lagi masih tak tahu apa-apa . Siapa kata senang nak bela anak ? Kalau nak senang , bela anak patung sajelah , bak kata suami saya . Hehehe … Seloroh le tu … :p Tak mengapalah , susah2 dahulu senang kemudian insyaAllah …. Tengah time anak kecik2 berderet ni memang sangat mencabar ketahanan mental dan fizikal . Saya akui saya bukanlah seorang yang sangat penyabar . Adakalanya memang blank terus rasanya kepala otak ni . Alhamdulillah lah encik hasben rajin bawak makan angin walaupun sekadar pusing2 pekan yang dekat ni ;) .

 

mudahnye menjaga anak patung ;p

 

Untuk pujuk hati ni supaya sentiasa rasa happy dan berlapang dada , kita anggaplah yang kita ni berkhidmat kerana Allah . Pahala pun dapat … Bayangkan keadaan orang lain yang lebih teruk daripada kita . Jangan le bandingkan dengan mereka yang keadaan hidupnya lebih baik daripada kita . Bila macam tu , kita akan rasa bersyukur . Bukan kufur nikmat . Nauzubillah …. (saya nasihat ni untuk diri saya sendiri yer … yg selalu asik nak tensyen je manjang … haih~)

 

Ok kepada semua ibu , SELAMAT HARI IBU ! Terimalah ini …..

 

Incoming search terms:

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *