Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Hari dan hikmahnya dalam Islam

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Hari dan hikmahnya dalam Islam

Assalamualaikum…
Segala ciptaan Allah pasti ada yang tersirat di sebaliknya. Begitu juga dengan penciptaan HARI.
Hari-hari dalam Islam mengandungi hikmah dan kejadian berbeza.
Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi :
Jumaat – Hari Jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.
hari jumaat dalam islam
Sabtu – Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.
Ahad – Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.
Isnin – Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.
Selasa – Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu bermulanya Siti Hawa berhai , dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.
Rabu – Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir’aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum ‘Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga dibinasakan oleh Allah pada hari Rabu.
Khamis – Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya Siti Sarah.
Wallahhu’alam ~

Incoming search terms:

 

16 Responses

  1. >Ehh..Sis fikir hari Ahad ygx elok rupanya baik juga hikmah hari Ahad nie..Salu kn Sis takutnk potong kuku hari lain kecuali hari Jumaat je..Thanks 4 sharing,dear.. :)

  2. hans says:

    >patutlah wayang tayang ari khamismenuntut hajat nak filem box officefaham dah

  3. puan kutu says:

    hari khamis sesuailah utk berdoa hanie ekk..

    dah like..:)

  4. izan ishak says:

    setiap hari ada kisahnya yg tersendiri….

  5. ciksembang says:

    saya selalu pilih hari Jumaat untuk buat sesuatu..contoh kalau nak ambik kereta baru sy cakap dgn salesman..saya nak ambil hari Jumaat..

  6. kakyong says:

    terima kasih berkongsi hanie.. ;)

    nak minta apa2 kena lah tunggu hari khamis yer..

  7. titan says:

    hari sabtu..hari aku lahir..hoho..

  8. Cik Lirik says:

    sy pling suke ari isnin..betol ke orng kate ari sbtu x elok untuk berpuasa?

    • Ummi Hanie says:

      wah cik lirik .. biasenye org plg xsuke ari isnin..monday blues katenyer … hehe

      ye,ade juge dgr tntg puasa ari sbtu yg dilarang tu tp sy x pasti nk komen lebih2 , kena kaji balik ye … ;)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *