Happy Birthday Izzah Munirah …

Sedar tak sedar dah sampai ke tarikh hari lahir yang terhujung sekali dalam giliran keluarga saya. Buat masa inilah … kalau ada rezeki dapat baby lagi hujung² tahun juga … erkk ~ nanti²lah kan … ai  baruuuu jer bersalin. Haha ~

23 November 2011 … genap sudah puteriku berumur 4 tahun. Seorang gadis kecil yang agak ‘unik’ berbanding anak-anak yang lain.Biarlah kami saja yang menyimpan apa ‘keunikannya’… Doakan yang terbaik saja untuk anak-anak …

IZZAH MUNIRAH nama diberi . Hasil gabungan nama kedua-dua Opahnye … Oh ya,semalam hari jadi salah seorang Opah yer … senang nak ingat.

B’day girl ni antara calon yang paling banyak saya masukkan gambarnya untuk contest² dalam blog dan ada rezeki pula untuk menang … alhamdulillah . Antara contest bergambar yang disertai + menang ;

# Contest Aksi Ceria Si Manja

# Contest Si Cilik Berbasikal

 

Izzah Munirah

 

 

oni

Dan budak bertuah ni juga memang bertuah sebab … siapa sangka , masuk hospital pun dapat bertemu kerabat diraja perak ? Wordless …. ~

 Dia memang suka beraksi depan kamera :)

Tapi kalau dia meragam @tantrum , habis tunggang langgang rumah jadinyer … haaa … itulah antara ‘keunikan’ si Onie ni yer .

B’day girl ni walaupun adakalanya ‘unik’ , tapi dia seorang yang rajin . Kalau saya ke dapur , dia ke dapur . Kalau saya sibuk dengan baby baru atau uruskan Zaid , dia pun nak tolong sama … pendek kata semua benda yang saya buat , dia nak turut serta . Itu yang Ummi suka bebenor tu :)

Jom tengok salah satu gambar b’day girl ni yang paling saya geram semasa baby …

Tahun depan kami plan nak masukkan dia ke tadika untuk isi masa lapang dengan sedikit aktiviti pembelajaran beramai-ramai … memang saya prefer anak-anak ni masuk TASKI ABIM tapi ada pula choice tadika berciri muslim juga tak jauh dari rumah kami ni. Boleh jalan kaki pun ;)

Why not trying , rite? Yuran agak mahal sedikitlah tapi untuk pendidikan anak-anak ni , tak mengapalah melabur untuk pendidikan mereka … dapat juga belajar bersosial sedikit ;) .

onie

oni

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *