Haji Akbar 2012 dan kenangan manis pergi haji

Haji Akbar tahun ini (2012)

Kemuncak ibadat haji yakni Hari Wuquf semakin hampir, dan pada tahun ini ianya jatuh pada hari Jumaat menandakan Haji Akbar. Bertuahnya para jemaah haji pada tahun ini… Moga-moga semuanya berjaya mendapat haji mabrur + haji akbar ! Jeles ni…

Adik ipar dan suami serta ayah mentuanya terpilih untuk menjadi sebahagian daripada jemaah haji pada tahun ini. Tumpang seronok… :) Giliran kami suami isteri pula pada tahun 2014, insyaAllah. Moga dipanjangkan umur dan tiada aral melintang…. Aminnn

Apakah Haji Akbar @ Haji yang Besar?

Ali bin Abi Thalib pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang hari Haji Akbar.

Jawaban:

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “(Haji Akbar) itu adalah hari Nahr.” (HR. Tirmidzi).

Abu Daud meriwayatkan dengan sanad yang shahih, bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika melaksanakan haji, beliau berhenti di antara tempat melempar jumrah pada hari Nahr, lalu beliau bertanya, “Hari apa ini?” Mereka menjawab, “Hari Nahr.” Maka Rasulullah berkata, “Ini adalah Haji Akbar.” Sungguh, Allah Ta’ala berfirman,

Dan (inilah) suatu permakluman dari Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari haji Akbar bahwa sesungguhnya Allah dan rasul-Nya berlepas diri dari orang-orang musyrikin.

Pada riwayat lain disebutkan dari jalan Abu Hurairah bahwasanya ia berkata, “Haji Akbar adalah pada hari Nahr.”

*Catatan: Terdapat perbedaan pendapat. Ada yang mengatakan bahwa Haji Akbar adalah hari Nahr, seperti yang terjadi pada haji yang dilakukan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam. Ada pula yang mengatakan, bahwa jika antara hari Arafah dan hari Jumaat bertemu, maka itu disebut Haji Akbar.

Sumber: Fatawa Rasulullah: Anda Bertanya Rasulullah Menjawab, Tahqiq dan Ta’liqoleh Syekh Qasim ar-Rifa’i, Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Pustaka As-Sunnah, Cetakan Ke-1, 2008.
(Dengan penataan bahasa oleh www.konsultasisyariah.com)

 -dipetik dari Konsultasi Syariah

Dari blog Ustaz Shauqi pula;

Telah dikatakan bahawa jemaah haji yang kebetulan wuqufnya jatuh pada hari Jumaat, maka mereka akan mendapat pahala yang banyak dengan dilipat gandakan pahala melebihi 70 haji. Perkara ini telah disebutkan di dalam beberapa buah buku, dan disandarkan kepada satu hadis yang bermaksud: “Sebaik-baik hari Arafah ialah yang jatuh pada hari Jumaat, dan kelebihannya melebihi 70 haji pada hari selain dari Jumaat”. Tambahan daripada itu, dikatakan juga bahawa fadhilat tentang Haji Akbar juga telah disebut di dalam al-Quran. Justeru, apakah kenyataan ini sahih dan benar? Marilah sama-sama kita meneliti maksud haji Akbar dengan lebih terperinci dan pemahamannya menerusi al-Quran dan sunnah nabi s.a.w.

Haji Akbar dari sudut bahasanya bermaksud haji yang besar iaitu ibadat haji yang akan memperoleh pahala yang besar. Istilah ’haji Akbar’ telah disebut oleh Allah melalui firmanNya dalam surah al-Taubah ayat 3 yang bermaksud: ”Dan (Inilah) suatu permakluman daripada Allah dan rasul-Nya kepada umat manusia pada hari Haji Akbar bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya berlepas diri daripada orang musyrikin. Kemudian jika kamu (kaum musyrikin) bertaubat, maka bertaubat itu lebih baik bagimu; dan jika kamu berpaling, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya kamu tidak dapat melemahkan Allah, dan beritakanlah kepada orang kafir (bahawa mereka akan mendapat) siksa yang pedih”.

Route Haji sekitar Mekah – http://wikitravel.org/en/Hajj

 

Ibn al-Qayyim telah menyenaraikan beberapa kebaikan yang terdapat pada hari wuquf yang jatuh pada hari Jumaat. Antaranya ialah:

1- Bertemunya dua hari (Arafah dan Jumaat) yang merupakan sebaik-baik hari.
2- Hari yang mudah diperkenankan doa oleh Allah.
3- Bersamaan dengan hari wuquf Rasulullah saw ketika mengerjakan haji wada'.
4- Pertemuan besar manusia di Arafah pada hari wuquf, ditambah pula pertemuan pada hari Jumaat untuk khutbah dan solat Jumaat.
5- Kedua-dua hari tersebut merupakan hari 'raya'.
6- Ketaatan dan amalan soleh yang dibuat pada hari Jumaat mempunyai nilaian dan kelebihannya yang tersendiri.
7- Bersamaan dengan Hari Perhimpunan Agung di akhirat kelak. Rasulullah saw juga telah menyatakan bahawa kiamat akan berlaku pada hari Jumaat

Ibadat Haji itu Kusut Masai? Nak tahu kenapa, klik dan baca

Kenangan manis pergi haji tahun 1992 

Serasanya masih segar dalam ingatan, antara kenangan paling manis dalam hidup saya ialah pergi haji mengikut emak dan abah ketika usia saya baru 8 tahun pada tahun 1992. Lebih muda dari usia anak sulung saya (9 tahun pd 2012). Sudah 20 tahun masa berlalu… Kusss semangatt…

 

budak perempuan comot itu sayelah ;)

Ketika itu masih budak² lagi, berlari-lari dan berjalan jauh pun tak terasa penat. Ada sekali kami tersilap turun bas, alamatnya menapaklah beberapa kilometer ke rumah penginapan kami. Ingat lagi, abah saya belikan air kotak perisa coklat untuk hilangkan dahaga.

Acapkali dicium, dipeluk ketika bertawaf dan bersa’i, itu perkara biasa. Orang² Arab panggil saya ” small hajjah, small hajjah”. :) Geram agaknya tengok kecik² lagi dah pergi haji.

Gambar di sebelah ni saya bersama-sama makcik ton (tak silap saya, lupa pulak namanya). Beliau ialah  tukang masak di istana Pahang tu. Dan pada tahun itulah Tengku Mahkota Pahang pergi menunaikan haji juga. Makcik ni masakkan kami menu istana yang sangat special, cendawan hitam yang sangat mahal. Sedapp…. Bertuah dapat merasa, kan? ;) Entah masih ada atau tidak makcik tu…

Dan di bilik itulah saya sering diganggu seorang mamat bangla/india. Tak senonoh betul Budak kecik pun nak kacau. Kadang² tu sampai menangis² saya dibuatnya.

Sayangnya ketika di Madinah, saya tak berkesempatan masuk ke Raudhah (satu ruangan istimewa dalam Masjid Nabawi). Saya jatuh demam, hanya mak dan abah saya yang dapat pergi. Tapi Masjid Nabawi tu dapatlah saya masuk, solat di situ. Zaman tu pun dah lengkap dengan air-cond.

Berangkat ke Mekah/Madinah bawa 3 beg, balik mesti ada extra beg. Satu beg tu kan, penuh je dengan barang mainan saya tau. Haha…. Budak² lagi katakan… Macam² mainanlah saya minta abah belikan. Mainan masak², mesin jahit olok², kapal terbang comel, dan macam² lagilah. Dan yang wajib ada ialah kamera mainan yang kita boleh lihat pemandangan² haji.

Seronoknyaaaa mengenang zaman itu. InsyaAllah next time akan pergi dengan suami tercinta pula. Lagipun, haji ketika usia belum baligh tak dikira kan? So, memang kena buat haji lagi sekalilah at least dalam hidup ni. Terima kasih Allah, terima kasih abah dan mak kerana pernah beri peluang pergi ke tanah suci menunaikan haji…

Esok raya! Salam AidilAdha in advanced! :) Berhati-hati di jalanraya ~

Incoming search terms:

17 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *