Giveaway Fridge Magnet 2 negeri

Assalamulaikum, salam sejahtera dan salam bahagia.

Janji dah nak buat giveaway kecil² dalam entri lepas, maka kenalah kotakannya. Juga sempena pemergianku ke destinasi impian esok… yeayy… best best. Dan juga ekspresi kesedihan tak dapat join event ngetop Sepetang Bersama Blogger ’13 akibat pertindanan program percutian impian tu. Hukhuk… ada kaitan ke? :p Wahai encik DH kenapalah tarikh itu…. hehe.

Ok. Berbalik pada Giveaway. Saya sukakan Fridge Magnet, dan saya juga suka beli lebih sikit bila melancong ke mana-mana dengan tujuan nak buat giveaway begini atau hadiah kepada kelurga/kawan-kawan. Dalam simpanan saya ni, ada 5 biji Fridge Magnet dari 2 buah negeri – Penang (3biji) dan Sarawak (2 biji).

Hanie kata 5 biji (walaupun dalam gambar² di bawah ni semua ada 6 biji sebab salah satu tu hadiah saguhati contest top referral tempoh hari). 

FM dari Penang FM dari Sarawak

Cun tak?? ;) Jommm rebutt…..

Cara nak join Giveaway Fridge Magnet 2 Negeri

1. Terpulang nak buat entry ataupun tidak. Tajuk bebas. Kalau buat entry, dapat cabutan BONUS.

2. Tapi WAJIB le tinggalkan komen kat kotak komen bawah entri ni dengan teks begini;

“Saya nak Fridge Magnet negeri _______”  (tempat kosong tu isi le Penang @ Sarawak)

Senang je kan? Nama pun giveaway….

Syarat²? Terbuka kepada semua bloggers seluruh Malaysia. Boleh komen sebanyak mana pun, dan saya akan buat cabutan lepas balik pulau nanti.

Bonus: Siapa boleh teka PULAU mana saya dan family nak pegi, dapat cabutan BONUS. ;) Klu ada dalam entri kategori “cerita artis” yang paling terkini dalam blog ni. Jeng jeng jengg…

Cabutan either m’gunakan khidmat Random.org atau pun cabutan manual saja. Tengok keadaanlah nanti. Pokok pangkalnya, berkonsepkan cabutan bertuahlah ni.

Tarikh tutup: akan diumumkan bila saya rasa nak tutup. hoho ~ 

Zasss….. nak siapkan scheduled entry berkaitan percutian ke pulau sikit. Packing pon tak siap lagi ni. Sangat bercinta bab-bab packing ni okeyy…. Doakan kami selamat pergi, selamat kembali ye…. InsyaAllah akan cuba bersiaran dari “pulau”.

37 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *