Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Giginya sudah dua

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Giginya sudah dua

Giginya sudah dua, bukan giginya tinggal dua… ;)

Ingat tak rangkap “giginya tinggal dua” tu datangnya dari mana? Ketuk keyboard kalo tau… haha ;)

Buai laju-laju,

Sampai cucur atap,

Belum tumbuh gigi,

Dah pandai baca kitab.

____________________,

____________________,

Nenek sudah tua,

Giginya tinggal dua

# barisan kosong di atas tu rangkap² yang saya tak ingat… huhuhuhuuuu.

Tapi saya bukan nak bercerita tentang nenek tua, tapi tentang seorang baby tembam bernama Huzaifah. Biasalah, tengah kecik² gini memang sahamnya tinggi… Walaubagaimanapun, tak dilupa kakak² dan abang²nya juga ;)

Huzaifah giginya sudah dua. Lepas tumbuh gigi pertama di bahagian bawah, selang 2 – 3 minggu lebih kurang, tumbuh lagi sebatang di sebelahnya pula. Tapi, susah sikit nak snap gambar dia tengah tunjuk gigi. Anak² saya memang tumbuh gigi di usia bawah setahun.

gambar baby tembam

Huzaifah sudah berubah menjadi seorang baby yang sangat aktif sekarang, tidak lagi baby comel yang banyaaak tidur seperti sebelumnya. Iyalah, makin membesar makin kuranglah tidurnya sedikit demi sedikit. Aktiviti mengemas rumah dan blogging pun agak tergendala. Hihii… Tapi! Makin manja bebbb… Memerap kata orang Perak… Macam tak boleh snagat nak berenggang dengn ummi nya, tambah² kalau nampak ummi nya pakai tudung, libang-libu jadinya.

Oh ya! Semalam 30/7/12 genaplah Huzaifah berusia 9 bulan

Sekian dulu update ringkas perkembangan anak….

 

17 Responses

  1. Hanif says:

    Huzaifah!!! dah ada 2 gigi yek..
    Tak lama lagi aktiviti mengigit barang2 umah akan bermula..!!

  2. akubiomed says:

    Selamat menyambut hari lahir kepada adik Huzaifah. Ibu beri apa sampai tembam begitu sekali? :-)

  3. nza says:

    alolo…dh tumbuh 2 btg ek….xmengigit ke hanie…..

  4. iEyLa says:

    aik??ade iras2 ayid laaa..hihi

  5. puanbee says:

    tomey … lepas tu nak naik gigi lain pulak kan ..

  6. Ummi Hanie says:

    itulah, baru je baca kat wall fb tadik ;)

  7. mama pipie says:

    alolo cumilnye huzaifa ni.. so chubby.. bilalah mama nk ada rezki dpt baby cumil cam huzaifah ni

  8. Assalammualaikum wbt

    Burung Kakak Tua, Hinggap di Jendela..

    “Buai laju-laju,

    Sampai cucur atap,

    Belum tumbuh gigi,

    Dah pandai baca kitab” — versi ni pun ada tapi ending dia, apa dalam baju, malu nak cakap. Hehee.

    Gebunya pipi.

  9. puan kutu says:

    makin comel budak tembam nie..awal ekk tumbuh gigi,jgn menggigit sudah!hehe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *