Ghost Whisperer makes me cry ………..

>

Bismillahirrahmanirrahim ………

Jarang2 saya nak review tentang drama/filem kat TV maupun wayang . Rasanya memang tak pernah kot .

Saya memang peminat ketegaq tegar siri drama “Ghost Whisperer” yang ditayangkan di TV8 setiap hari selasa jam 0930 malam . Sejak dari season 1 lagi saya dah ikut dan tak ketinggalan . Yang saya tak berkenan hanyalah pakaian si Melinda Gordon aka the ghost whisperer lakonan Jennifer Love Hewitt yang seksi lagi menyeksakan mata itu . Minah ni dah lama saya cam sejak dia berlakon filem horror
” I Know What U Did Last Summer ” . Sekarang siap dah jadi penerbit daa … Dia menerbit , dia berlakon . Bagus betul .

Ok la . Apa yang membuatkan saya menangis ?

Episod kali ni berakhir dengan kematian suami terchenta si Melinda aka ghost whisperer ni . Saya dah tengok sedutan season kali ni masa iklan hari tu dan dapat tau yang minah ni akan melahirkan anak dan suaminya pula akan meninggal . So inilah dia siri kematian suaminya . Tak nak cerita sinopsis yer . Saya tak terer bab2 tu . *hehh..kalo malas tu cakap jele terus teghang*

Suami Melinda ni mati sebab ditembak (tersilap sasar) oleh rakan detektifnya sendiri . Dia tak terus mati di tempat kejadian , dapat rawat dulu sekejap di hospital . Melinda tunggu sambil tidur di tepi hasben tersayang dia . Masa dia terjaga dari tidur , tengok2 hasben dia dah sedar dan sedang senyum kat dia . Melinda kemudian baru tersedar yang itu adalah roh suaminya sendiri . Selalunya dia jumpa roh2 orang lain , kali ni suami sendiri ! Masa tulah saya sama2 menangis dengan dia ! Wuwuwuuwuuuu … sungguh sedey babak itu ! Biasalah saya ni kan , menjiwai watak Melinda tu sungguh2 . Ceitt ! : p

Hmm .. Jangkaan saya , episod akan datang , dia akan deliver baby kot . Masa tengok sedutan hari tu , roh suami dia datang tapi macam jadi roh jahat le pulok ! Berdebar2 nih ! Kalau terlepas yang hari Selasa ni , ulangannya pada hari Sabtu kalo tak silap la . Setakat ni belum terlepas lagi utk season ni .

Saya bagi 4.999 stars out 5 untuk Ghost Whisperer ! *ade le tinggal lagi 0.001 bintang,buat2 tak cukup 5*

nuffnang_bid = “603cb145d9465ef854545922266458c7”;

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *