UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai

Lifestyle. Parenthood. Annisa Health Beauty. HAUS Cosmetics

Menu
  • Home
  • HAUS Cosmetics
  • Set Bersalin Moden
  • Kehamilan
  • Travelog Langkawi
    • Percutian Awesome di Aseania Resort Langkawi
    • Langkawi Bird Paradise
  • Sutra Shopee
  • Alexa Rank & PR
  • Hubungi Saya
    • Siapa Saya
  • Peta Laman
Menu

Gempar! Rakaman CCTV penebat kilat jatuh atas jalan Macalister, Penang

Posted on June 20, 2013June 21, 2013 by Ummi Hanie

Gempar sekali rakaman cctv penebat kilat jatuh atas jalan ni. Terkejut dan terlopong saya apabila ternampak rakaman ini dipaparkan di sebuah stesen TV malam tadi. Macam adegan dalam movie pun ada.

Jom tengok sama²;

 

Ngeri, sedih, seriau semua ada kan? Tragedi ini berlaku betul² di hadapan bangunan UMNO di Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang.

 

Cerita penuh korang boleh baca di Mstar Online. Dari pemahaman saya, penebat kilat tu jatuhnya dari bangunan UMNO itu sendiri, betul² tepat jatuhnya atas sebuah kereta yang sedang melalui jalan yang sibuk itu. Impaknya sedalam 6 meter ke bawah tanah. Bayangkan apa terjadi pada kereta dan mangsa di dalamnya. Ya Allah ngeri…

 

macalister-road-tragedy

 

Seorang pakar kejuruteraan berkata; tenaga yang menghempap kereta Honda City yang dipandu oleh Lim Chin Aik adalah bersamaan dengan tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

 

Macam² musibah yang kita dengar kebelakangan ni di Malaysia. Di Penang sahaja, baru berlaku ribut dan kemusnahan bangunan. Terkini, seluruh Malaysia dilanda jerebu yang agak teruk. Tahap kesihatan pun agak terganggu rata²nya.

 

Sama² kita berdoa semoga Allah selamatkan kita dari bala bencana yang lebih dahsyat. Bila nak naik kenderaan tu, jangan lupa baca doa naik kenderaan… amalkan juga baca ayat Kursi setiap hari.

 

Tweet
Fb-Button

29 thoughts on “Gempar! Rakaman CCTV penebat kilat jatuh atas jalan Macalister, Penang”

  1. akubiomed says:
    June 20, 2013 at 5:18 PM

    Tidak boleh bayang betapa dahsyat bencana yang melanda. Besar sungguh kekuasaan Allah SWT.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 20, 2013 at 7:14 PM

      benar sekali…

      Allah maha berkuasa… sikit saja dijentiknya, habislah… nauzubillah

      Reply
  2. titan says:
    June 20, 2013 at 6:00 PM

    peh.memang sakit lutut kalau kena ni..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 20, 2013 at 7:13 PM

      tak dan nak sakit lutut… kiok terusss di tempat kejadian…

      Reply
  3. Alin Marlini says:
    June 20, 2013 at 6:22 PM

    doakan yg baik2. smg ada hikmahnya.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 20, 2013 at 7:14 PM

      begitulah… semoga keadaan kembali baik semula

      Reply
  4. eray says:
    June 20, 2013 at 10:30 PM

    betul, masa tengok video nie macam tak percaya
    macam dalam filem

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 21, 2013 at 3:45 PM

      sumpah ngeri kan… mcm alien hilangkan kereta tu je

      Reply
  5. Mus says:
    June 20, 2013 at 11:25 PM

    memang menakutkan.. tak jangka ia berlaku sekelip mata

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 21, 2013 at 3:45 PM

      ajal maut mmg takkan bertangguh atau dicepatkan walau sesaat kan…

      Reply
  6. suriaamanda says:
    June 21, 2013 at 8:26 AM

    salam Ummie, ya allah..menakutkan la SA tgok…ngeri sungguh..

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 21, 2013 at 3:46 PM

      tu lah… sy pun antara percaya dgn tidak je tgk rakaman tu SA

      Reply
  7. Joe says:
    June 21, 2013 at 11:49 AM

    Mungkin untuk semua building 10 tingkat ke atas yang akan dibina patut consider faktor angin yang lebih kuat. Perlu ubah sikit standard.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 21, 2013 at 3:48 PM

      tulah… dahlah building tu tepi jalan besar.. jalan utama… bila sekali jatuh… kan susah…

      Reply
  8. D_08 says:
    June 21, 2013 at 3:31 PM

    Ya Allah…bayangkan benda yang berat..jatuh dari atas…..mintak dijauhkan le kejadian2 pelik camni berlaku…….

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 21, 2013 at 3:49 PM

      yeop tau, teman terkenang cerita malaikat pukul jenazah dalam kubur sampai terbenam beberapa hasta ke dalam tu… ish ngeri teman

      Reply
  9. Abdur Rozak says:
    June 21, 2013 at 4:16 PM

    Jadi teringat pada jatuhnya besi untuk membina tower TV yang hampir menimpa saya.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 21, 2013 at 4:30 PM

      masyaAllah… panjang umur tu Abdur Rozak, alhamdulillah terselamat

      Reply
  10. wantie says:
    June 21, 2013 at 4:16 PM

    mcm mana la nasib pemilik kereta yang terbenam tu yer. till today tak jumpa lagi.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 21, 2013 at 4:31 PM

      tulah wantie… kesian… arwah dah rasanya… tgk gambar lokasi kejadian pun dah teruk benor, susah katanya nak clearkan damage tu

      Reply
  11. Juan says:
    June 21, 2013 at 4:55 PM

    dah tgk, tp x faham, kata penebat kilat jatuh, tp cctv macam air jer yg jatuh

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 22, 2013 at 7:55 AM

      dari jarak jauh nmpk mcm air jatuh… bila tgk lokasi kejadian scr dekat, baru nmpk penebat kilatnye

      Reply
  12. Khairul Zamri says:
    June 22, 2013 at 11:39 PM

    sume org tak jangka perkara ini akan berlaku, sama-sama kita doakan keluarga mangsa tabah menghadapinya

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 23, 2013 at 12:44 PM

      mmg sgt tak disangka… keluarga mangsa nampak agak sedih

      Reply
  13. Denaihati says:
    June 23, 2013 at 2:44 PM

    macam filem dah. harap peringatan ni ada tindakan susulan sebagai langkah pencegahan kat tempat lain. peringatan yang tak ternilai bila ada yang mati.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 23, 2013 at 11:14 PM

      betul, jgn tak de susulan… byk sudah tragedi di penang kebelkangan ni

      Reply
  14. Ummi Hanie says:
    June 24, 2013 at 3:03 PM

    itulah… sy pun nampak begitu…

    Reply
  15. daddydee says:
    June 27, 2013 at 9:28 AM

    Ini yang tak didedahkan di tv kan? Hehehhe

    Kawan ada bercerita pasal ini memang mengejutkan.

    Reply
    1. Ummi Hanie says:
      June 27, 2013 at 4:07 PM

      tp sy tengok di tv, cuma tak diperbesarkan.. mungkin sekali itu je depa tayang

      Reply

Leave a Reply to eray Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

~ Engagements ~

Sebarang pertanyaan, Job review produk/pengiklanan/advertorial?

Hubungi Saya.

atau

Emel: ummihanie@gmail.com


Google PageRank Checker







La Beauty Glam Foundation 5 in 1

UmmiHanie pengguna setia La Beauty. Klik untuk pertanyaan/pesanan via Whtsapp

Site Statistics

  • Users online: 2 
  • Visitors today : 78
  • Page views today : 87
  • Total visitors : 286,609
  • Total page view: 823,547
© 2019 UmmiHanie.com ~ WAHM Blogger Anak Ramai | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme