Gempar! Rakaman CCTV penebat kilat jatuh atas jalan Macalister, Penang

Gempar sekali rakaman cctv penebat kilat jatuh atas jalan ni. Terkejut dan terlopong saya apabila ternampak rakaman ini dipaparkan di sebuah stesen TV malam tadi. Macam adegan dalam movie pun ada.

Jom tengok sama²;

 

Ngeri, sedih, seriau semua ada kan? Tragedi ini berlaku betul² di hadapan bangunan UMNO di Jalan Macalister, Georgetown, Pulau Pinang.

 

Cerita penuh korang boleh baca di Mstar Online. Dari pemahaman saya, penebat kilat tu jatuhnya dari bangunan UMNO itu sendiri, betul² tepat jatuhnya atas sebuah kereta yang sedang melalui jalan yang sibuk itu. Impaknya sedalam 6 meter ke bawah tanah. Bayangkan apa terjadi pada kereta dan mangsa di dalamnya. Ya Allah ngeri…

 

macalister-road-tragedy

 

Seorang pakar kejuruteraan berkata; tenaga yang menghempap kereta Honda City yang dipandu oleh Lim Chin Aik adalah bersamaan dengan tenaga tujuh bas yang bergerak pada kelajuan 130 kilometer sejam (130km/j) dan melanggarnya secara serentak.

 

Macam² musibah yang kita dengar kebelakangan ni di Malaysia. Di Penang sahaja, baru berlaku ribut dan kemusnahan bangunan. Terkini, seluruh Malaysia dilanda jerebu yang agak teruk. Tahap kesihatan pun agak terganggu rata²nya.

 

Sama² kita berdoa semoga Allah selamatkan kita dari bala bencana yang lebih dahsyat. Bila nak naik kenderaan tu, jangan lupa baca doa naik kenderaan… amalkan juga baca ayat Kursi setiap hari.

 

29 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *