Gelang haji sudah sampai

Salam semua.

Pin pinn bunyi hon van poslaju.

Eh? Rasanya takde shopping online apa-apa pon.

Kalau ada pun, dah sampai kelmarin.

Sapa pulak yang baik hati hantar hadiah ni?

Macam-macam perkara bermain di minda ni selepas kedengaran bunyi hon van poslaju…

Bukak pintu pagar, abang poslaju hulurkan satu sampul.

Ringan je.

Oh! Dari Tabung Haji.

Apa benda pulak ek?

Takkan hantar jarum suntikan pulak. Pelik² je aku ni berfikir.

Rupa-rupanya…. benda ini….

Agak penting dan wajib dipakai nanti ketika di tanah suci… :)

gelang haji

gelang saya dan suami…

gelang haji

gelang saya…

Senang saya namakan GELANG HAJI saja.

Semena-mena timbul rasa gembira…

Terasa syahdu lambaian Kaabah…

Terima kasih atas ucapan tahniah dan doa kalian di wall facebook saya..

Saya doakan giliran kalian ke tanah suci menyusul selepas ini.

Apa-apa pun, pergi je daftar dulu.

Duit belakang kira, boleh isi pelan-pelan.

Sebab giliran haji sekarang ni dah semakin lambat.

Giliran kami ni pun memakan masa 12 tahun juga, tapi tak sedar masa berlalu.

34 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *