Gambar baby Hanie – 8 bulan

Salam ceria di hujung minggu.

Oh minggu lepas pada hari yang sama (Ahad) saya demam tiba². Mulanya sakit tekak dan batuk², kemudian tu mungkin stress berkurung dalam bilik dari pagi sampai petang sebab ada pakcik buat kerja wiring di rumah, saya jadi macam stress sikit, terus terdemam pula. Petang tu suami tersayang bawa saya dan anak² makan² di port ikan bakar yang pernah kami terjah beberapa tahun dahulu. Terus hilang demam… hihihi. Dah tak jadi ‘pelarian’ dah…

 

 Apa cerita  video orang mengamuk di kedai elektrik #SenQ ?

Ape kes pulak uncle Seekers kena tahan reman?

pic dari koleksi Instagram... itulah hidangan kami... yum yum...

 

 

Eh macam takde kaitan je dengan tajuk. Gambar baby Hanie. Entah siapalah gerangannya yang mencari dan menggoogle tu… hmmm…. macammana saya tau? Bukan dari keyword Nuffnang, tapi dari plugin di sidebar blog ni…. Trending Now. Suka pulok sekarang ni tengok bendalah tu. :p

 

 

Terima kasih laaa sudi ambik tau ye… terharu pule :p

Ok la, Ok la… meh nak letak gambar baby huzaifah banyak² sempena genap umur 8 bulan ni. Dalam semua anak², rasanya budak ni lah terasa paling cepat membesar!

 

 

Ok ini gambar yg published kat Fb itu hari… ;) Yup, Huzaifah dah boleh duduk sendiri. Tapi langkah berhati² masih dilakukan – sendal bantal di belakang ;)

 

 

Mirror, mirror, on the wall, who’s the friendliest of them all?

 

 

Dalam kereta with ummi… yang dicensoredkan :p

 

 

Peace ! Gaya si kakak Oni bersama si baby yang ditudungkan. Aisehhh…. sabo je le.

 

Perkembangan terkini Huzaifah;

  • Sangat rajin meniarap
  • Sangat rajin berdiri dan macam nak bertatih-tatih dah !
  • Bila berdiri tu, dia akan cuba lepaskan tangan kita yang sedang support dia tu, and then dia akan berlatih imbang badan. Lama jugak dia dapat berdiri sendiri tanpa support. Syabas betteyh ! :-p
  • Mulut dah mula rancak membebel-bebel bahasa Jerman baby
  • Dah start jadi vacuum. Oh ! janganlah ye sayang…
  • Sudah tumbuh sebatang gigi. Yeayyy ! Tapi bahaya, dia suka menggigitlah sebab gatal gusi.
  • Daripada posisi meniarap, dia boleh jadi kepada posisi duduk dengan sendiri.
  • Pandai bergurau dengan abang Zaid yang dah hampir sama besor je dengan dia… :-P
Itu dulu kot perkembangan terkini si budak tembam. Layan gambar lagi…

 

 

kena kacau dgn abg Zaid

 

 

pose garang ckit :p

 

 

wah, arsenal nampak :p

ni mesti uncle DH suke ;)

Sekianlah gambar baby hanie. ^-^

Incoming search terms:

34 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *