Assalamualaikum.
Terasa begitu cepat Ramadhan berlalu hari demi hari, ditambah lagi kesibukan menguruskan anak-anak.
Kita sudah masuk ke fasa dua pertiga Ramadhan 1437 H. Hari kesebelas hari ini.
Anak-anak semakin stabil berpuasa. Syukur.
Permulaan puasa – minggu pertama ketika cuti sekolah pertengahan tahun 2016.
Minggu kedua, sekolah dibuka semula. Cabaran bermula semula.
Letih bersekolah kebangsaan sebelah pagi. Petang ada KAFA pula.
Abang Ukasyah seorang saja yang pergi bermula hari Isnin hingga Rabu.
Hari Khamis baru Onie join. Dah kuat semangat sikit. Zaid masih tak ready.
Kakak pun berat-berat hati sikit nak pulang ke asrama.
Dah syiok duduk di rumah 2 minggu cuti gamaknya.
Berpuasa beramai-ramai
Tahun ini kami bertujuh berpuasa.
Peserta TERMUDA namanya Muhammad Huzaifah.
Umur 4 tahun 8 bulan.
Dah masuk pra-sekolah untuk umur 5 tahun.
Alhamdulillah. Nampak dia steady berpuasa penuh.
Tapi kita kena selalu advice dia rehat & tidur.
Sampaikan abahnya masukkan dalam buaian adik. Haha… nak kasi tidur lama punya pasal…
Zaid (darjah 1) pun dah steady berpuasa. ini Masuk tahun kedua berpuasa penuh mudah-mudahan.
Plus plus plusss… berjaya naik al-quran hasil bimbingan abahnya. Bravo boy !
Ermmm bila nak jamu pulut kuning ni ya.
Abang Ukasyah baru khatam kali ke-3.
Kakak masuk kali ke-5.
Onie masuk kali ke-2.
Huzaifah sudah mulakan bacaan Iqra’ 2.
Dulu saya handle anak-anak ni mengaji. Sekarang encik hasben take over.
Tinggallah 2 si kenit yang belum mengaji & berpuasa… Muaadz (3thn) dan Nawfal (5bulan).

Berbuka puasa di rumah / masjid / gerai ?
Hmm… adakalanya kami berbuka puasa di rumah dan adakalanya di masjid berhampiran. Tahun lepas pun begitu. Seronok juga walaupun kalut sikit dengan anak-anak ramai + baby kecil yang dah mula mengacau umminya berbuka puasa…. :D
Beginilah diari hidup kami membesarkan anak-anak sepanjang 14 tahun usia perkahwinan. (eh belum entry lagi anniversary)
Letih dalam seronok. Kepuasan membela dengan tangan sendiri.
Yup, memang sesekala akan dilanda stress. Itu semua bisikan syaitan.
Bulan puasa ni…. syaitan dah kena ikat. So kalau ada marah-marah tu, datang dari diri sendiri dan perlu didik untuk kawal sendiri.
Syukur ada SUTRA…. banyak membantu dalam menyeimbangkan emosi. :)
Jalan-jalan di alam maya terjumpa sijil tamat puasa ni.
Wow, nice idea.
Bolehlah print sorang satu bila habis puasa nanti.
Kasi semangat sikit :)
Ok guys, selamat berpuasa! Kutip PAHALA banyak-banyak okeh~
Anak sudah makin biasa dengan berpuasa. Kita juga perlu tingkatkan amalan ketika bulan Ramadhan ini.
betul…. didoakan moga momentum ini berterusan… amin
Meriah masa berbuka puasa dengan gelagat anak-anak.
sgt meriah dgn pelbagai range umur anak… hehe
comelnya ada sijil tamat puasa hahaha .. nis ajar anak ngaji umur berapa ? bee umur 5 thn baru ajar ..ke nis mula awal sikit ?
si muaadz dah sibuk2 nak blajar ikut abang2 kakak nya
tapi main2 la kan.. baru kenal kuruf alif dan ba je.. nis nak try ler alFurqan tu takat mana dia boleh
Hebat keluarga ni, anak kecil yang berumur 4 tahun pun mampu nak puasa penuh, memang hebat…
kami masih belajar2…
jika nampak anak kecil 4 thn tu tak mampu sgt, kami akan beri keringanan… alhamdllh setakat ni dia steady lagi
ok la tu, sekurang-kurangnya dia faham, nak mencuba dan kiranya berjayalah tu… tahniah untuk anda dan suami
terima kasih… :)
Entri yang menarik…saya temui laman web ini dari forum luar. hebat cerita perkongsian & pengalaman. saya akan mengesyorkan laman web ini untuk kawan-kawan saya di luar sana.
wah bagus kalau anak-anak dididik berpuasa seawal usia muda…
kami saling belajar… :)
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://www.kumpulbagi.com atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)
salam aidilfitri ye im
aah cepat sgt masa berlalu. dah seminggu lebih raya ni… kehidupan rutin bermula kembali