Fasa dua pertiga Ramadhan 1437 H

Assalamualaikum.

Terasa  begitu cepat Ramadhan berlalu hari demi hari, ditambah lagi kesibukan menguruskan anak-anak.

Kita sudah masuk ke fasa dua pertiga Ramadhan 1437 H. Hari kesebelas hari ini.

Anak-anak semakin stabil berpuasa. Syukur.

Permulaan puasa – minggu pertama ketika cuti sekolah pertengahan tahun 2016.

Minggu kedua, sekolah dibuka semula. Cabaran bermula semula.

Letih bersekolah kebangsaan sebelah pagi. Petang ada KAFA pula.

Abang Ukasyah seorang saja yang pergi bermula hari Isnin hingga Rabu.

Hari Khamis baru Onie join. Dah kuat semangat sikit. Zaid masih tak ready.

Kakak pun berat-berat hati sikit nak pulang ke asrama.

Dah syiok duduk di rumah 2 minggu cuti gamaknya.

berbuka puasa hari pertama Ramadhan 2016

berbuka puasa hari pertama Ramadhan 2016

Berpuasa beramai-ramai

Tahun ini kami bertujuh berpuasa.

Peserta TERMUDA namanya Muhammad Huzaifah.

Umur 4 tahun 8 bulan.

Dah masuk pra-sekolah untuk umur 5 tahun.

Alhamdulillah. Nampak dia steady berpuasa penuh.

Tapi kita kena selalu advice dia rehat & tidur.

Sampaikan abahnya masukkan dalam buaian adik. Haha… nak kasi tidur lama punya pasal…

zaid year 1 2016

throwback Zaid masuk tahun 1 awal tahun 2016…

Zaid (darjah 1) pun dah steady berpuasa. ini Masuk tahun kedua berpuasa penuh mudah-mudahan.

Plus plus plusss… berjaya naik al-quran hasil bimbingan abahnya. Bravo boy !

Ermmm bila nak jamu pulut kuning ni ya.

Abang Ukasyah baru khatam kali ke-3.

Kakak masuk kali ke-5.

Onie masuk kali ke-2.

Huzaifah sudah mulakan bacaan Iqra’ 2.

Dulu saya handle anak-anak ni mengaji. Sekarang encik hasben take over.

Tinggallah 2 si kenit yang belum mengaji & berpuasa… Muaadz (3thn) dan Nawfal (5bulan).

zaid quran

zaid memulakan bacaan Quran kali pertama…

 

muaadz al furqan

muaadz dengan kitab al Furqan (macam Iqra’)

Berbuka puasa di rumah / masjid / gerai ?

Hmm… adakalanya kami berbuka puasa di rumah dan adakalanya di masjid berhampiran. Tahun lepas pun begitu. Seronok juga walaupun kalut sikit dengan anak-anak ramai + baby kecil yang dah mula mengacau umminya berbuka puasa…. :D

iftar masjid 2016

Beginilah diari hidup kami membesarkan anak-anak sepanjang 14 tahun usia perkahwinan. (eh belum entry lagi anniversary)

Letih dalam seronok. Kepuasan membela dengan tangan sendiri.

Yup, memang sesekala akan dilanda stress. Itu semua bisikan syaitan.

Bulan puasa ni…. syaitan dah kena ikat. So kalau ada marah-marah tu, datang dari diri sendiri dan perlu didik untuk kawal sendiri.

Syukur ada SUTRA…. banyak membantu dalam menyeimbangkan emosi. :)

Jalan-jalan di alam maya terjumpa sijil tamat puasa ni.

Wow, nice idea.

Bolehlah print sorang satu bila habis puasa nanti.

Kasi semangat sikit :)

Ok guys, selamat berpuasa! Kutip PAHALA banyak-banyak okeh~

credit: tjramadan.blogspot.com

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *