Every mom is a super mom,rite?

 

Bismillahirrahmanirrahim ………

Eh kenapa ye tetibe keluar tajuk macam ni ?

Nak mendabik dada ?

Tidakkk sama sekali … kutahu siapa diri ini … hukkkk….~

Bagi saya , every mom is a supermom in their own way okay .

Bukan hanya si polan ni dan si polan itu saje yang berhak pegang ‘takhta’ supermom .

Sebut saja perkataan mom/emak/ibu/ummi/mama , semua tahu dan sedia maklum akan peranannya di rumah .

Tanpa wanita ini , maka tak akan berserilah rumah itu . Buatlah macammana pun . Betul tak ??

Start daripada bangun pagi sampailah nak tido semula di malam hari , baaaaanyak tugas yang mesti diselesaikan oleh sang ibu ni .

Siapkan makan minum ,

Uruskan pakaian ,

Mengemas rumah + membersih (banyak cabang dalam ni!),

Jadi ‘drebar’ bagi yang ada anak bersekolah/tadika (kalau tak upah van/bas) ,

Dan ………. macam2 lagilah serba serbi hal dalam rumah tu yang nak diambiltahu .

Bagi yang decide nak jadi WAHM tu … lagi2lah nak pandai atur masa . *ehem ehemmm…~

Akal orang perempuan ni 1 je . Tapi yang satu itulah banyak peranan dan BESAR impaknya .

Nak2 pula jenis mak2 yang rapat dengan anak2 .
Sporting .
Mesra dan boleh dibuat kawan .
Boleh jadi rakan sembang .
Tiada rahsia . *serta merta berkumandang nyanyian Ct Nurhaliza “Biarlah Rahsia”…

Oh ya .
Hari ini pun HARI IBU kan .
Mungkin kelihatan saya agak lambat ‘melahirkan’ entri ni tapi bagi saya , bukan hari ni saja jasa ibu itu patut dikenang . Hari2 merupakan hari ibu .

Ya memang sesudah seorang wanita berkahwin , syurganya beralih kepada sang suami . Bukan lagi ibu .
Tapi janganlah jasa2 , titik peluh , jerit perih ibu membawa kita ke dunia , membesarkan , mendidik itu dilupakan begitu saja . Walau seburuk manapun ibu kita , dia tetap ibu . Maafkanlah dia .

Hari ni pagi2 lagi mak saya call . Hehe . Patutnya saya yang call dia . Memang nak call , tapi mak saya lebih pantas . :) Bravo mak ! Di kesempatan itu sempatlah saya ucapkan “Selamat Hari Ibu” kepada beliau .

Katanya , “…hari2 adalah hari ibu … bukan hari ni je…”
” Aah mak, betul tu !” kata saya pula .
*dah macam karangan UPSR pulak .

Kami tak dapat berjumpa hari ni . Saya di rumah saya , mak di rumah mak .
Encik suami still outstation so saya hanya bergerak sekitar area Nibong Tebal-Parit Buntar je .
Mak , masakan mak memang selalu dikenang .
Tak lupa juga buat mak mentua yang baik . Betul … bukan brag je ni . Contoh ibu berkualiti . Bertuah sapa2 jadi anak dia , suami sayalah tu . :)

Untuk saya ?
Huwaaa….pinggan dan adik beradiknya dah berkumpul dalam sinki itu .
Layanan mother’s day belum boleh dapat sebab anak2 kecik2 lagi … masih mentah untuk memahami dan menghargai jasa ibu .
Tak apalah ….
Mintak tolong pijakkan belakang badan pun jadilah . Sakit2 ni . Huhuu…

Uhhh … line internet agak huru hara kebelakangan ni .
Atau modem saya yang tak bagus ?
Nak publish entri ni pun punyalah susah .
Hey Celcom provider , tak tau ka ini hari Mother’s Day ??
Bagi elok sikit laa servis . :p

Sebelum bersurai , saya titipkan bunga ros ni untuk semua IBU-IBU ya .

 

Kalo takmo yang tu , ambik yang ni .

Ok , every mom is a supermom !

 

16 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *