Episod Akhir Ameera Slot Samarinda TV3

Episod Akhir Ameera Slot Samarinda TV3 | Walopun TV3 menyiarkan baaaanyak sekali slot drama, tapi tak semua saya layan. Takde keje ape nak layan drama memanjang? :-P

Satunya kerana faktor masa, kesibukan menguruskan hal rumahtangga + anak-anak. Satu lagi faktor tak minat. Tapi drama Ameera ni kira macam berjaya jugalah menambat hatiku sikit.

Malam ini (18/7/2012) adalah episod terakhir Ameera. Semalam punya episod pun dah geram² rasa kat si zila lakonan Zarina AF sebagai isteri kedua Ameer (Shamsul Yusof). Lepas bersalin tu, jadi over berani pulak dia dengan Ameera.

 

ameera samarinda tv3 rita rudaini

 

Dan episod semalam juga barulah si datin sombong (mak ameer, aka mak mentua ameera) dapat tahu cerita sebenar di sebalik kemandulan Ameera. Awat laaa si Ameer lambat sangat cerita? Haihhh dah nama pun drama. Barulah saspen kalau bagitau kisah sebenar lambat² sikit kann….

Erm, tak perlulah saya letak kopipes sinopsis drama ni kat sini kot. Ni sinopsis versi saya sendiri.

 

Pendek cerita, deme bertiga ni – Ameera, Ameer & Zila buat satu perjanjian yang agak bahaya. Oleh kerana nak memuaskan hati si Datin (mak Ameer) yang nakkan cucu dari zuriat Ameer, Ameera pura² mengandung dan Ameer pula berkahwin secara kontrak dengan Zila untuk mendapatkan anak. Anak itu akan jadi milik Ameer & Ameera sebaik saja dilahirkan dan Zila akan diceraikan. Masalah bermula apabila anak itu telah lahir…

Demi zuriat sebuah perjanjian termeterai.

 

Apakah kesudahannya malam ini?

Ok terus update tidak lama selepas drama tamat…

Zila dan babynya ditangkap oleh Faruk untuk tujuan mengugut Ameer dengan meminta wang tebusan sebanyak 5 juta hengget. Mak oi banyaknya tamak sungguhh… Berlakulah pergolakan ketika selesai pertukaran barter – duit 5 juta + zila & baby.  Faruk yg jahat tu tak puas hati lagi, nak bunuh Amir & Zila pulak, baby je dia nak ambik untuk dijual. Polis pun datang. Zila mati ditembak Faruk. Amir selamat pulang ke rumah tanpa diduga Faruk menumpang di dalam but keretanya. Pergolakan terjadi sekali lagi dan Amir pula terkena tembakan Faruk lalu mati. Ending yang agak sedih….

 

ending yang sedih gitu... imej kredit: edtv-zahidizakariya.blogspot.com

ending yang sedih gitu…
imej kredit: edtv-zahidizakariya.blogspot.com

Incoming search terms:

18 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *