6 tahun,Seminggu & AidilAdha

 

Salam bertemu kembali . Hugssss …. ! ( ade ke yg sudi hugss nih?)

Sepanjang tempoh ‘pembekuan’ ni , beberapa khabar baik dan event telah berlaku . Mungkin ada antara kalian yang sudah tahu khabar ‘orang baru’ , kan ?

Alhamdulillah , tanggal 30 Oktober 2011 yang lalu (genap seminggu sudah…) saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang diberi nama Muhammad Huzaifah . Beratnya 3.2 kg . Berita selanjutnya akan dikupas dalam sebuah entri khas kemudian nati okeyyy .. :p

 

Hari ini pula hari ulangtahun kelahiran anak lelaki sulung kami (anak kedua dalam turutan sebenar) , Muhammad Ukasyah @ Abang . Yang ke berapa ? Yang ke- ENAM …. tahun depan sudah boleh masuk tahun 1 persekolahan walaupun hari lahirnya hujung tahun gitu. Kiranya , umur 6 tahun lah masuk tahun 1 nanti insyaAllah …

 

Sambut ler besday boy ni kecil-kecilan …. makan KFC jek … jadilah … tapau balik rumah ;)

 

 

 

Semoga anak² lelaki Ummi & Abah ni menjadi anak yang soleh dan bertanggungjawab kepada agama,keluarga & negara … amin ~

 

Tak lupa juga buat anak lelaki ummi & abah yang sorang lagi tu , Muhammad Zaid . Jangan asik merajuk dan meragam ye sayang … almaklumlah pangkat bongsu dah ditarik kan …

 

Untuk tatapan semua , saya letakkan satu gambar orang baru pada hari pertama dilahirkan … sekarang ni dah dibotakkan sempena hari ketujuh kelahiran ;)

 

 

Tungguuuu gambar² lain menyusul yea ! Petang ni bersiap² nak ke rumah mak abah saya yang baru saja berpindah berdekatan dengan kami . Sukeeeee ~

 

Salam Aidil Adha semua ! Suami saya buat akikah untuk orang baru ;)

 

p.s : khabar baik lain ; blog saya sudah pulih semula nampaknya :) syukurrr ~

 

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *