Emakku sakit

Saya memang tidak update secara detail tentang kesihatan emak saya di sini, cuma pernah mention sambil lalu saja. Bukan apa, nak stay low profile… tapi saya update juga di Facebook sebab nak kasi alert sama family dan sedara mara. Tak sempat nak calling² semua kan….

So kali ni baru saya nak bercerita detail sedikitlah. Hari Ahad sudah (2/9/2012) mak saya selamat didiscaj dari KPJ Perda setelah 8 hari menghuni di sana. Kami semua happy dengan perkembangan kesihatan mak selepas mendapat rawatan di situ. Sebanyak 4 pain darah dimasukkan ke dalam badan emak sebab doktor kata mak sangat pucat dan kekurangan darah (anemia) yang teruk sedikit. Banyak tu 4 pain! 2 hari baru selesai.

Emak juga sudah selamat membuat pembedahan kecil di tapak kakinya kerana ada luka yang sangat dalam dan mak pun ada kencing manis sejak belasan tahun yang lalu, akan tetapi baru kebelakangan ini penyakit itu mendatangkan mudarat kepadanya. Mata sudah jadi kabur, luka yang dalam di bahagian kaki, dan lain².

Setelah didiagnos, ada lagi sakit² lain yang mak alami. Terdapat ketulan batu dalam hempedu, pendarahan dalam perut dan lemah jantung. Kesian mak… Tekanan darahnya pun kurang stabil, sebab itulah pembedahan untuk sakit² itu terpaksa ditangguh buat sementara waktu sebab bimbang berlaku komplikasi pula.

Kepada yang membaca coretan ringkas ini, mohon doakan kesihatan emak ye… Terima kasih banyak-banyak dan moga Allah membalas jasa kalian. Terima kasih juga buat encik hubby yang setia membawa kami sekeluarga ziarah emak di hospital pada setiap petang. Sekarang emak sudah balik rumah, lebih mudahlah nak ziarah.

Incoming search terms:

29 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *