Emak mula rawatan dialisis, Abah Sakit & Beraya dengan 6 Anak

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2015 semua :)

Tahun ini raya kami sama seperti tahun 2014. Masih berlapan. Alhamdulillah.

Beraya kami di rumah keluarga suami dahulu… Balik awal 2 hari sebelum raya.

So, raya pertama sebelah petangnya kami bertolak beraya ke rumah keluarga saya pula.

Tak jauh mana pun… Jarak perjalanan average sejam setengah melalui highway, jika tiada kesesakan lalu lintas.

Persiapan raya?

Serba sederhana sahaja. Baju raya seorang sepasang. Cukuplah kan?

Baju raya tahun-tahun lepas pun masih elok dipakai dan masih kelihatan baru.

Kuih raya & kerepek beli dengan kawan je… Murah.

Balang kuih raya pun tak berganti. Beli 2 je yang baru, pun sebab tutup balang lama dah pecah.

Guna tupperware je selebihnya haa….

Langsir tak bertukar pun. Sebab masih ada mood rumah baru.

Masuk 6 bulan dah kami berpindah… Kira rumah  barulah kan…

Sofa pun kira barula walaupun second hand, tu pun beli dari abah saya je sebab dia nak ganti sofa baru.

Rezekiii…..

Elakkan pembaziran. Mari berjimat-cermat. Ewah~

Beraya dengan 6 anak

Ya, masih 6 orang anak. Penambahan? Kita tengok macammana nanti… hihi…

Memang meriah beraya dengan anak ramai ni.

Cumanya raya kali ni kami tak ke mana sangat sebab Abah budak² ni outstation seawal raya keempat.

Jadi kami hanya beraya di rumah parents dua-dua belah..

Raya kedua dan ketiga, rumah parents saya agak meriah dengan kunjungan beberapa grup keluarga sanak saudara sebelah abah saya. Jadi, sama jelah macam beraya di rumah orang, kan?

Oh ya, Anak kami yang berumur 6 tahun – Zaid – Pra Sekolah berjaya puasa penuh tahun ini. SYukur sangat dan banggalah juga rasanya… Nampak macam kecik je lagi, tapi semangatnya besar juga.

 

gambar raya tahun 2011 tak silap... Zaid dan abangnya Ukasyah

gambar raya tahun 2011 tak silap… Zaid dan abangnya Ukasyah

 

haishhh sendiri geram tengok gambar Zaid masa baby tembam2 ni!

haishhh sendiri geram tengok gambar Zaid masa baby tembam2 ni!

 

Makanya encik suami mengotakan janji untuk beri hadiah kepada semua yang berjaya puasa penuh.

Nantilah update story hadiah puasa ya ;)

 

anak-anak teruja memetik buah rambutan

anak-anak teruja memetik buah rambutan

Ini gambar pra-raya. Sehari je sebelum raya.

Suami bawa kami ziarah beberapa orang saudara.

Gambar ini ketika di rumah moyang budak² ni, a.k.a. datuk suami.

Terujanya kami tengok buah rambutan atuk tengah berbuah mekar.

Suami parking betul-betul bawah ranting pokok yang berbuah tu.

Apa lagi, anak-anak pun panjat bumbung kereta…. dan petik !

Haa….. amik ko! Budak separa bandar masuk kampung kannn….

 

 

selamat hari raya aidilfitri 2015

Mak aih. Ramainya anak !

Kejap je dah 9 orang…. hahahhaa~

Ok tak tipu. Anak sendiri yg dalam gambar ni berbaju oren – 4 orang. Lagi 2 orang gegirls takmo join.

Selebihnya yang uniform hijau tu anak buah suami. 5 orang dalam gambar. Lagi 2 missing in action. Depa baru dapat adik baru tau. Tahniah yer adik ipor dan biras.

 

muaadz sorfina

 

Ok inilah anak Bongsu saya setakat ini (kanan), Muaadz dan sepupu merangkap saudara sesusuan, Sorfina. Umur mereka sebaya. Sweet kan? Macam kembar sepasang pun ada.

Hubungan mereka pun unik, bukan setakat sepupu, tapi dah jatuh adik beradik sesusuan sebab ketika saya pergi haji dengan suami pada 2014 yg lalu, Muaadz disusukan sebentar oleh ibu Sorfina (adik ipar saya). Semoga Allah membalas jasamu… amin ~

 

Emak mula rawatan Dialisis, Abah tidak sihat

Sedih sedikit raya kali ni kerana kesihatan Abah saya agak menyusut.

Dahlah emak dan abah kedua-duanya menghidap sakit jantung, alhamdulillah sudah dirawat di IJN.

Emak saya sudah mula menjalani rawatan dialisis sejak lebih sebulan lepas di hospital kerajaan berdekatan. 3 kali seminggu, 4 jam setiap sesi.

Nampak gayanya emak sudah mula ada selera makan, dan kuat sedikit badannya. Mungkin kerana darah sudah dicuci.

Tapi, sejak lebih kurang 3 bulan sudah, Abah saya dilanda batuk berpanjangan sehingga menyebabkan badannya jadi begitu lemah.

Abah tidak lagi ke mana-mana dengan aktif. Banyak masanya hanya di rumah dan berbaring/tidur.

Sedih tengok tau. Nak duduk sembang petang² pun dah tak larat.

Kalau ada kawan-kawan datang ziarah, digagah-gagahkan diri pergi duduk berjumpa tetamu.

Tekaknya pula sakit menyebabkan selera makan terputus. Badan semakin lemah.

 

abah ketika dirawat di KPJ P****

abah ketika dirawat di KPJ P****

 

Sudah masuk KPJ P**** 2 kali. Tiada rawatan yang sepatutnya. *agak terkilan part ni, tapi malas nak cerita panjang.

Terkini, Abah minta dimasukkan ke TMC – Taiping Medical Center.

Nampak gayanya baru ada pemeriksaan lebih  lanjut & rawatan susulan.

Ada bengkak seperti ketumbuhan di bahagian leher abah, ianya sangat keras. Dan itu mungkin penyebab tekak abah sakit akibat dihimpit bengkakan tersebut.

Minggu lepas, biopsi telah dibuat dengan mengambil sampel bengkak tersebut untuk diuji di makmal. Keputusannya Jumaat ini. Doakan mudah-mudahan tiada apa yang kritikal.

Setakat ini dulu cerita raya saya yang serba sederhana serta diuji dengan dugaan ibubapa tidak sihat… InsyaAllah bersambung lagi…

 

ps: kesedihan dan kesibukan yg dialami mungkin antara faktor saya jarang update blog…. 

17 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *