Edisi Khas – Rancangan komedi TV3 yang terkini

by Ummi Hanie on August 13, 2011

in Drama/Filem, INFO

 

edisi khas tv3

Sinopsis Edisi Khas (dipetik dari website TV3)

Edisi Khas telah mencuri perhatian para penonton dengan genre ‘spoof news’ di mana Johan, Saiful Apek, Almy Nadia, Ropie Cecupak, Along Champ, Sharifah Shahira, Azlee Senario dan Achong akan ‘membincangkan’ isu semasa dengan penuh drama. Episod pertama telah ditayangkan pada 7 Jun 2011, hari Selasa jam 10.00malam. Johan memainkan peranan sebagai pengacara yang bergelar “Fifi Fairuz Fuyoo” yang akan memperkenalkan 3 segmen lakonan dalam setiap episod. Antara topik yang akan dipersembahkan melalui sketsa yang mencuit hati termasuk isu kad kredit di mana dua pasangan kekasih yang berbelanja sakan dengan kad kredit semata-mata untuk mengambil hati kekasihnya; Along pula berlakon sebagai individu yang melarikan diri daripada along (lintah darah) dan juga isu ‘kenapa wanita tempatan lebih tertarik kepada lelaki warga asing’. Selain itu, isu-isu yang dipaparkan dalam Edisi Khas termasuk “rasuah”, “peminta sedekah” , “mat rempit”, “pengurus wanita yang bersikap bossy”, ‘haruan makan anak” , “kepercayaan tahyul”, “sikap pentingkan diri di kalangan jiran”, “tak puasa dalam bulan Ramadan”, “remaja suka menjadi artis” dan lain-lain.

Saya bukanlah penonton tegar Edisi Khas ni tapi sesekala bila ‘terserempak’ menontonnya , saya akan gelak sorang² tambah lagi bila tengok lawak si Johan Raja Lawak tuh . Nama pun Raja Lawak kan … walaupun dia beraksi serius sebagai pengacara berhemah kununnya yang bernama Fifi Fairuz Fuyoo (tiru nama Fizz Fairuzz ler tu…) , pun saya masih tergelak geli hati . Dah memang spesis mudah tergelak pon ….

Fifi Fairuz Fuyoo

Lawak si Achong pun boleh tahn juga dengan muka sememehnya tu kan … opssss , tak baik mengata … Iyelah , kome tengokle sendiri baru kome tau apa yg saya maksudkan …

Paling tak tahan bile Johan meniru aksi dan gaya Karam Singh Walia . Memang sejibik !

Ok kalau kome nak try test tengok Edisi Khas  => MOH KE SINI . Layan jer kat Tonton.my . Saya dah 2 kali register tapi entah kenapa tak berjaya lagi … frusttt …

Incoming search terms:

{ 19 comments… read them below or add one }