Doa Ijtima’ Maulana Saad

Doa Ijtima’ oleh Maulana Saad

Assalamualaikum !

Ok , straight to the point , malam yg syahdu ni pula Hanie nak share dgn u all semua satu doa yg panjang. Doa Penutup Ijtimak di Nilai baru2 ni oleh Maulana Saad dari India . Walaupun dtg dari India, beliau sebenarnya berketurunan Arab.

 

Jadi marilah sama2 kita menghayati doa ini dan jadikannya amalan selepas solat .
Anda semua dipersilakan utk copy dan printkan doa ini utk memudahkan rujukan . . .

Doa Maulana Saad

Ya Allah Ampunkan Dosa-Dosa Kami
Ya Allah Tutupkanlah Kesalahan-Kesalahan Kami
Ya Allah Tukarkanlah Keburukan-Keburukan Kami Kepada Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Engkau Masukkan Hakikat Iman Dalam Hati Kami
Ya Allah Engkaukan Kurniakan Sifat-Sifat Iman Dalam Diri Kami

Ya Allah Engkau Kurniakan Pengikhtirafan Mu Pada Kami
Ya Allah Kurniakan Kami Hubungan Yang Khusus Dgn Zat Mu
Ya Allah Engkau Milik Kami Dan Kami Milikmu Ya Allah
Ya Allah Bantu Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai
Ya Allah Tetapkan Kami Dengan Amalan-Amalan Yang Engkau Redhai

Ya Allah Kurniakan Istiklas Dan Istiqamat
Ya Allah Engkau Satukan Umat Ini Dengan Usaha Dakwah
Ya Allah Engkau Jadikan Setiap Individu Umat Ini Daee Agama Mu
Ya Allah Kurniakanlah Kepedihan Atas Keruntuhan Agama Dalam Hati-Hati Umat Ini
Ya Allah Engkau Gunakan Setiap Kemampuan-Kemampuan Kami Dalam Kerja Agama

Ya Allah Engkau Gunakan Umat Ini Untuk Buat Pengorbanan Untuk Agama Mu
Ya Allah Engkau Kurniakan Hidayah Pada Seluruh Umat
Ya Allah Engkaulah Yang Satu-Satunya Yang Membuat Tarbiyah Hakiki Hanya Tarbiyahmulah Yang Hakikat Tarbiyah.
Ya Allah Tarbiyahlah Umat Ini Dengan Sebaiknya
Ya Allah Engkau Kurniakan Kami Dgn Kehidupan Sunnah Nabi Saw

Ya Allah Engkau Hidupkan Kehidupan Sunnah Nabi Saw Pada Umat
Ya Allah Engkau Kurniakan Kebencian Dalam Hati Kami Cara Kehidupan Orang Kafir Dan Hidupkan Sunnah-Sunnah Dalam Diri Kami
Ya Allah Keluarkanlah Sifat Kehaiwanan Dan Tidak Berakhlak Dari Kami
Ya Allah Kurniakan Sifat Insaniyah Dalam Diri Kami
Ya Allah Tunjuklah Setiap Individu Umat Ini

Ya Allah Amkan Hidayat Pada Seluruh Umat
Ya Allah Luaskanlah Jalan-Jalan Hidayat
Ya Allah Tutupkanlah Pintu-Pintu Bathil
Ya Allah Hancurkanlah Suara-Suara Bathil
Ya Allah Engkau Gagalkanlah Rancangan-Rancangan Bathil

Ya Allah Peliharalah Usaha-Usaha Agama Ini, Rakan-Rakan Usaha Agama, Markas-Markas Usaha Agama, Masjid-Masjid Buat Usaha Agama, Madrasah-Madrasah Dan Semua Pergerakan-Pergerakan Agama Yang Haq
Ya Allah Bantulah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Tunjuklah Kami Dengan Setiap Langkah Kami
Ya Allah Kurniakan Taufik Untuk Buat Kebaikan-Kebaikan
Ya Allah Bantu Kami Dengan Usaha-Usaha Agama Yang Penting

Ya Allah Kurniakan Keampunan, Tutupkan Kesalahan-Kesalahan Kami, Mudahkanlah Kami .
Ya Allah Kurniakanlah Ihsan Mu Pada Kami.
Ya Allah Mudahkan Urusan Kami Dengan Fadhil Mu
Ya Allah Tanamkan Keyakinan Atas Nusrah Ghaibmu Dalam Hati Kami Dan Engkau Turunkan Nusrah Ghaibmu Pada Kami.
Ya Allah Dimana Perlunya Hujan, Engkau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3x )

Ya Allah Jangan Pandang Umat Ini Dengan Pandangan Murka Mu Lihatlah Umat Ini Dengan Pandangan Ihsan Mu
Ya Allah Jadikan Umat Ini Menyesal Atas Dosa-Dosa
Yang Dilakukan Dan Kurniakan Umat Ini Taufik Untuk Bertaubat
Ya Allah Jangan Hindarkan Rahmat / Ihsan Mu Pada Umat Ini
Ya Allah Kasihanlah Dan Rahmatilah Umat Ini. Kau Turunkan Hujan Rahmatmu ( 3 X )
Ya Allah Keluarkanlah Harapan Dalam Hati Kami Pada Ghair, Kurniakan Kami taufik Untuk Mengambil Manafaat Terus Dari Zat Mu

Ya Allah Keluarkanlah Yakin Salah Pada Makhluk Dalam Hati-Hati Kami Dan Tetapkan Kami Dalam Metaati Perintah-Perintah Mu
Ya Allah Pada Orang-Orang Yang Ada Masalah Hutang, Engkau Bantulah Mereka Dengan Pertolongan Ghaibmu Untuk Menyelesaikan Masalah Mereka.
Ya Allah Engkau Sembuhkanlah Orang-Orang Yang Sakit
Ya Allah Engkau Keluarkanlah Kelemahan-Kelemahan Zahir Dan Batin Kami
Ya Allah Engkau Kurniakanlah Kekuatan Zahir Dan Batin Kami

Ya Allah Pada Mereka Yang Ada Masalah Mahkamah Engkau Bebaskanlah Dari Masalah Mereka
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati-Hati Umat
Ya Allah Hapuskanlah Kelalaian Dalam Diri Kami
Ya Allah Kurniakanlah Fikir Akhirat Dalam Hati Kami
Ya Allah Dengan Ihsan Mu / Rahmat Mu Terimalah Doa Kami

Amin Ya Rabbal ‘Alamin . . .

* panjang sekali doa ini kan ?? Bayangkan , ijtimak ini dihadiri hampir 200,000 org manusia tanpa ada terjadi sebrang rusuhan !! Semuanya berkumpul atas satu maksud yg sama . . .

Incoming search terms:

21 comments

  • expression-side

    >pnjg towl doa nye..k.yong anim copy ek doa nie..jgn mare… hehe

  • >yer panjang tp sunggoh syahdu …sejuk ati mmbacenyer..ok..copy ler…dipersilakan sgt2… :)

  • >saya ada pegi kt ijitmak tu arisbb ayah saya ada situkene jd sukarelawan utk menyiapkan infra sblm dan slps ijtimak tumlm tu mmg dpt dilihat beratus ribu manusiayg semuanya lelaki (ada juga pompuan)ramai sgt2….rasa syahdu dan rasa mcm kt Mekah pun ada rasa kt Padang Mahsyar pun adarasa nak menitis air mataramai lagi yg tak faham ttg TABLIGHdan ramai yg mengata2 org2 TABLIGH niitu pendapat msing2 kanitu Ijtimak terbesar yg 27 tahun sekali akan diadakan lagi di Malaysiayg dtg tu baru Asia Tenggarabelum satu dunia…bygkan kalo satu duniabayangkanlah ye….Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pun ada turun on the 2nd day

  • nza

    >alhamdulillah..dpt lagi ilmu yg baik…tq,tq,tq…

  • >afsal : owh . ayah afsal pun ada di sana khidmat yer..sbenarnyer suami sy , ayah/ayah mentua sy , adik ipar sy pun join ijtimak tu..dgr citer diorang tu pun dah rase mcm pdg mahsyar kan..ramainyer umat manusia brhimpun krn Allah..Subhanallah…yes,PM,TPM dan Dato' Sri Anwar pun dtg…NZa : silekan ambil doa ini yer… :)

  • >bagusnye suami, ayah/mentua dan adik ipar join jugasal ari tu abg ipar dari sabah turun semata2 nak join…demi ALLAH apa nak dikira kansayang suami tak dpt ikut join sbb ada benda yg tak dpt dielakkantp org kata nak 1000 daya kan tak nak 1000 dalikhapa pun kalo hati kita tak betul2 nak tak akan menjadi sesuatu itu…suka diingatkan jgn dipandang serong, senget dan hina org2 tabligh ni…bukan sbb ayah org tabligh tp kalo kita menghina mereka umpama menghina perjuangan Rasulullah S.A.Wwallahhu'alma bissowab

  • >dengar pasal ijtimak tu rs meremang bulu roma lah..pas ni terus nak print doa tu..thanks hanie kerana berkongsi ilmu

  • >afsal : owh.ayah org tabligh yer..samelah kiter..hee~ betul tu,jgn dihina kerja depa ni sbb ia mirip kerja Rasulullah SAW…sape yg menentnag Nabi=menentang Allah..nauzubillah…HotMummy : awat kak as meremang bulu roma ? tp mmg ya..ijtimak ni ade 'roh' trsendiri..tmbah donia dh nk kiamat nih..masing2 kenalah brtaubat dan tingkatkn amal …ambiklah doa ni yer..mudah2an same2 kita dpt pahala menyebarkan bende2 yg baik..amin

  • >Amin2x..Do'a senjata Mukmin..Thanks ye Haniebg do'a nie..Sharing is caring,kn..Bagus nie..Teruskan..!

  • >yess sis Ieda..ambiklah doa ni wat simpanan…

  • >Orang yang berpegangan kepada sunahku pada saat umatku dilanda kerusakan maka pahalanya seperti seorang syahid. (HR. Ath-Thabrani)beruntunglah mendapat keluarga yg sudah ditarbiyah.. salam ziarah..

  • >betul tuh ..syukur byk2…kena hargai tu .salammenalan ya :16

  • >ni ambik dr mane doa nii???bgus la doa nii..nnt nk try bc lah lps solat..Tq

  • >ni encik suami yg email pd saya . . ade org email pd dier…hehe…xkesah la kan asalkan doa ni bermanfaat utk semua . . silalah ambik encik/cik Anonymous !

  • >sy yg bg kat suami awk doa tu via emel..hahahha..sj je tnya..kot2 ade ambik dlm blog2 lain..amalkn doa tu..

  • >so,pendek kate doa ni dr awaklah encik anonymous ! trimekaseh bebanyak…tengokk..dah byk saham pahala awk dah dapat kat cni..insyaAllah akan diamal doa ni

  • >kak ieda : insyaallah…

  • Anon

    Maulana Saad adalah keturunan Saidina Abu Bakar As-Siddiq Raddia Allah hu Anhu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *