DIY: Cara jahit seluar palazzo untuk beginner

Salam Bahagia.

Rindunya nak blogging cumanya masa amat mencemburuiku…

Seluar palazzo atau nama lainnya “wide leg pants” atau seluar kembang payung ni sangat popular masa kini. Saya sendiri menggemarinya dan bercita-cita untuk menambah koleksi.

Pakai seluar palazzo ni rasa macam pakai skirt kembang je. Yang penting tak menampakkan bentuk kaki, tak jarang dan SELESA. Nampak  stylo pun ada. Tapi saya tak pentingkan sangat stylo mylo tu haaa….

Okay untuk tidak mengecewakan readers yang mencari-cari “cara jahit seluar palazzo” lalu terdampar di blog ini, saya buat sedikit kajian dengan pakcik Google. Maka inilah hasilnya… (maaf taklah lengkap sangat infonya)

pola seluar selesa

Imej: Google images

Ini adalah pola seluar yang boleh diubahsuai sedikit ukurannya mengikut ‘selera’ pemakai. Lagi besar bukaan kembangan seluar, lebih selesa.

Antara tutorial DIY cara jahit seluar palazzo;

1. eHow: How to make palazzo pants – Tutorial ini mengajar step by step cara jahit seluar palazzo beserta polanya

2. How to turn an old skirt into a palazzo pants?

3. Youtube > DIY: How to sew wide leg pants | For beginners (tonton di bawah)

 

khayla palazzo

khayla palazzo pants. nak beli? klik jer ;) 

Pengalaman menjahit seluar anak

Saya minat juga menjahit-jahit ni, tapi tak mahir sangat apatah lagi nak menjahit tudung. huehuehue…. Tambah dah lama tak sentuh mesin jahit ni, lagilahhh tak mahirnya menjahit. Minat tu still ada, tambah-tambah bila tengok pelbagai tutorial jahit-menjahit ni.

Beberapa tahun yang lampau (cewahh lampauuu…), ketika anak sulung saya masih kecil, suami ada belikan sebuah mesin jahit terpakai yang keadaannya masih elok, cuma perlu dibaiki sedikit² saja. Bila dah dapat ‘mainan’ baru, apa lagi ! Semangat menjahit berkobar-kobar begitu…

Cobaan menjahit baju anak pernah dibuat tapi tak begitu menjadi lalu dipakaikan pada anak patung. Hahaha… lawak pun ada. Kemudian mencuba lagi menjahit seluar anak. Alhamdulillah menjadi dengan jayanya! sampai sekarang seluar itu masih ada dan elok lagi kondisinya. Seluar itu kainnya diambil dari skirt lama saya. Kembang hidung bila menjadi tauuu… :)

 

Pengalaman menjahit skirt godek

Eh banyak pula pengalaman menjahit yer. Skirt godek @ kembang payung @ duyung ni saya belajar di sebuah sekolah kemahiran sementara menunggu keputusan SPM dolu²… Nak cerita cara pembuatan skirt ni panjang pula, kena sebuah entri khas. Nanti² yer…

Pengalaman menjahit selimut patchwork (tampal-tampal) pun ada dan masih disimpan sehingga kini. Sekadar mencuba-cuba, alhamdulillah menjadi. Tahap amatur je la… taklah macam cadar patchwork yang cantik² di pasaran tu…

Gambar² ni sebagai bukti belajar jahit skirt. hehee…

ukuran skirt

ukuran skirt

 

pola skirt duyung

pola skirt bahagian hadapan

pola skirt bahagian belakang

pola skirt bahagian belakang

rupa skirt godek/duyung bila dah siap dalam versi lukisan

rupa skirt godek/duyung bila dah siap dalam versi lukisan

 

Serius cakap, belajar menjahit ni pada mulanya agak sukar bagi saya, tapi bila sesebuah projek jahitan tu dah menjadi, puasnya tak terkata….

Incoming search terms:

20 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *