Dinner with arabs & Hati berbunga

Salam ,
Malam ni bukak2 je dashboard blog, macam biase le baca dulu updates blog2 yg kufollow kat google reader tu. Yeah ! Dapat  berita baik ! *Alhamdulillah * .

Tepatlah instinctku. My Izzah Munirah terlist dlm Top 20 SmileyKidz Senyuman Ceria Si Comelku Contest. Cewwah instinct kunun. Tapi ye, memang betul. Hati saya kuat mengatakan yg Munirah bakal menang at least sumthing. For now, it’s time to redeem the 10% discount voucher utk shopping di blog Smileykidz yg gempaq iteww. Ohh … berbunga2 hatiku :) . Jom tengok entrinya. Tak sia2 Munirah berposing depan kamera ye ! Hurm… cuma satu je yang ter’slack’sikit; link yg Smileykidz letak tu ada silap sikit ler.

Sebenaqnya ni baru lepas attend jemputan dinner seorang jiran setaman berbangsa Arab dari Iraq. Mr. Hamud namanya. Wife dia tak silap saya Hazina atau Hasina, sumthing sounds like that.
Alkisah dijemputnya kami anak beranak sebab rasa mcm terhutang budi kat encik somi yg telah membekamkan badan beliau tempoh hari. * oh skemanya ayat .. haa..haaa * Ya, suami saya pandai berbekam, belajar dari my FIL. My FIL pula belajar dari adik iparnya yg seorg doc homeopati di Hulu Langat, Selangor. Pak Berahim kami panggil. *seronoknya Pak Berahim sedang buat haji ini jam * .
Dan . . . jangan tak tau. Orang yang bertanggungjawab membekamkan encik somi tiap2 bulan pula iala . . . Saya. Hee . . ade bakat tak jadik doktor homeopati nih? InsyaAllah buleh bukak bisnes bekam nanti. Amin.
Bekam ni dalam bahasa Inggeris ialah ‘cupping’ manakala dlm arabic pula ‘hijamah’. Banyak kelebihannya, selain drpd ianya sunnah Nabi Muhammad SAW. Lain entri cerita ok.
Berbalik pada cerita dinner tadi. Kami dijamu dgn makanan kebiasaan org Arab lah. Roti dan nasi ala2 beriani. Ayam goreng besor2 tu diletak atas nasi. Lain2 tu salad tomato + kobis, ulam timun, lada benggala dan cili merah ! Dilayannya kami ni sungguh2 sampai full tank dibuatnye.
gambar hiasan. beginilah stle makan orang arab

gambar hiasan. beginilah style makan orang arab

Dekat pinggan saya tu  wife Mr. Hamud ni letak ayam goreng, ikan goreng dan daging. Fuhhh ! Nak tak nak kenalah makan, jaga ati kan. Tak cukup dgn tu, lepas dinner dijamunya pula dgn teh O. Itu salah satu adat kebiasaan org Arab. Kalau tak jamu teh tu depa rasa macam tak lengkap melayan tetamu.
Sambil2 tu anak2nya dok snap pics kami bersama2. Ape lagi, next entry ler lagi jawabnye sebab kami tak bawak kamera dan encik somi pulok tak bawak pendrive. So pics itu masih pada mr. Hamud. Later baru dapat. Huhu… Anak dia yg paling saya tertarik ialah Zainab. Dia sorang jer pompuan. Sungguh cun ! 3 yg lain tu boys. Hensem2 la kan. Bulehla matchmake dgn anak daraku Fizah. Ahaksss ! ~ Anak2 saya yg pada mulanya malu2 cipan but then boleh get along main sama2 dgn bebudak arab tu.
Ape2pun, yg menjadi tumpuan, yg paling diminati ialah Munirah. My Muni ni adorable la senang kata. Macam anak patung sikit, very the chubby, putih melepak, mulut merah dan eyelashes yg tebal + lentik + panjang. Mini tudung tu tak lepas2, jalan pun terkedek2. Bayangkan le. Sorry la yer saya dok puji2 anak sendiri ni, iyela sape lagi nak puji kan ? Kami nak balik pun Mr. Hamud asik dok tahan je, saya dah tak larat, dgn breastfeed baby Zaid lagi.
Kesimpulan yg dapat saya ambik dari pengalaman with arabs malam ni ialah ;
  • melayan tetamu sebaik mungkin sekenyang2nya,
  • menjamu air teh o setiap kali lepas makan,
  • kurangkan nasi, lebihkan roti dan sayur2an/buah2an,
  • anak2 kecil pun dididik layan tetamu.

p/s : bertambahlah lagi kenalan jiran setaman.. lain bangsa plak tu

31 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *