Dingin Lavenda Episod Akhir

dingin lavenda tv3

Drama Dingin Lavenda dari slot Zehra TV3 ni dah masuk episod akhir Jumaat ni. Saya ni dah episod akhir baru suka nak buat entri kan? Selalu je macam tu. Ahaksss~

Sebenarnya tak layan sangat drama ni, tapi sesekala tertengok pun dah tahu watak utama dan jalan ceritanya macammana sikit². Dan statement anak sulung saya tu juga yang menyebabkan saya nak ‘menyiasat’ tentang drama ni.

Apakah statement si Kakak itu? Saya cerita ni karang korang jangan menyampah pulak. Saya pun bukan niat nak riak ke perasan ke apa… Gini, si Kakak kata, ada sorang pelakon drama Dingin Lavenda tu macam ummi dia bila tak pakai cermin mata. Hah? Sape la pulak yang macam muka daku tu? Monolog hatiku pula… eceh~

Setelah disiasat, rupa²nya Nana @ Faralyna Idris tu… lahai…

dingin lavenda tv3hmmm…. sekali tengok macam ade le sikit², 2-3 kali tengok takde lahhh..

ye, saya tawu Nana lagi cantekk… hidungnye lagi mancung ;)

dan tak payahle search² gambo saya lak ye… :-p

dingin salju indiana

dan gambar² ni kredit kpd FB page Dingin Lavenda ;)

Faralyna Idris ni saya tak berapa minat sangat pun sebab mula² tengok lakonannya dalam drama Kisah Qaisara tu berwatak antagonis sikit. Tapi itu cuma lakonan kan… Fara ni tak sombong tau, saya pernah saja cuba² tweet kat dia, dan dia terus reply… baguslah camtu ye Fara ;) .

Ok berbalik pada drama ni semula. Layan video sedutan episod akhir Dingin Lavenda;

Dari video ni, saya dapat jangkakan yang Jannah (Eira Syazira) mengizinkan atau lebih kepada memaksa suaminya Matt untuk mengahwini Murni (Zarina AF). Mungkin si Murni pernah meminati Matt suatu ketika dulu. Yang itu saya terlepas tengok, nama pun tak follow drama ni kan… Jannah kesiankan Murni yang disahkan ada HIV Positif. Nana pula tak benarkan Murni terima ‘hadiah’ dari Jannah (cadangan bermadu). Matt pun nampaknya macam tak berapa setuju.

So, tengok je lah hari Jumaat ni jam 9 malam di TV3. Itu pun kalau saya teringatlah…

 

 

Incoming search terms:

15 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *