Diganggu makhluk-makhluk hitam

 

Slot separa seram sudah tiba di blog Ummi Hanie [dot] Com . Tapi tak mengapa , jangan baca ini di malam hari .

 

Ketika saya sedang khusyuk melayari internet malam tadi , muncullah makhluk hitam yang paling saya benci mengganggu . Kuingatkan satu sahaja , rupa-rupanya sampai 3 sekaligus ! Memang melampau ni . Maka … tindakan drastik perlu diambil . Kucekalkan hati ini untuk ‘bertarung’ .

 

Yes ! Aku berjaya menumpaskan ‘mereka’ . Berani-berani nak kacau aku yer . Kan dah tergolek-golek tak bernyawa lagi di atas lantai . Kubiarkan saja dulu mereka di situ semalaman . Biarlah . Esok pagi baru kuuruskan . Jangan berani-berani ganggu aku lagi !

 

Hurmmm …. ada bakat mengarang novel seram tak ? Atau … tak seram langsung ? Memang tak seram pun . Geli saje . Inilah dia makhluk hitam yang mengganggu kesejahteraan saya semalam ;

 

.

.

.

 

SCROLL BAWAH LAGI ! ;)

 

.

.

.

HAAAA …. DAH READY ??

.

.

Sorry yer ….gimik sikitt sekali-sekala … Lipas ni memang saya anti sekali sejak kecik . Memang geli sangatlah . Mencik . Tambah-tambah yang spesies terbang-terbang tu kan . Geli-geleman i . :p Cicak ke tikus boleh tahan lagi tapi janganle lipas yang datang dekat . Atas meja ni memang standby spray serangga sepanjang masa . Nampak je kelibat makhluk ni , siaplah kusembur . Rumah ni dah jadi macam tempat menternak lipas pulak . Susah nak kawal . Dah bunuh banyak pun , still ada banyak lagi . Maknaya telur depa ada lagi . Semut pun satu hal . Dulu aman rumah ni takde sekor semut pun tapi sekarang , entah dari mana depa datang buat sarang dalam rumah . Ni yang rasa nak panggil je pest control mai servis serangga2 dalam rumah ni . Tunggulah kome ye wahai serangga2 !

 

Balik pada cerita seram semula . Ade juge sebenornye malam tadi , tapi mujurle bukan saya yang mengalaminya . Baca je lah kat blog orang tu . Dia buat entry pasal hantu-hantu melayu . Katanya masa dia buat entri tu , dia dok pasang lagu Dealova nyanyian Once tu . Tiba-tiba lagu tu terberhenti dekat satu part yang dia nyanyi “Kau selalu ada” . Bulu roma dia dah meremang , rasa macam ada ‘sumthing‘ kat belakang dia . Weiii , seram saya ! Takmolah carik pasal pasang lagu tu malam2 . Muehehehe ~ Kate suke tengok citer hantu , tapi penakut juge yek :p .

 

ini bukan hantu melayu ... sekadar hiasan

 

Ok tak abis cerita lagi . Dia pun terus off karen dan turun ke bawah tengok TV . Tapi telinga dia dok terdengar-dengar suara perempuan nyanyi rangkap “Kau selalu ada” tu . Haish … bior betoi ! Khayalan je kot tu brader … Dah tu orang yang komen kat entri dia kata ‘benda’ tu memang suka orang cerita-cerita pasal dia . Tu yang ‘dia’ datang mengganggu . Wallahua’lam .

 

p.s : sorry tak save plak link brader citer seram ni . saya pilih2 je dari link Apesal.com . Best , banyak entri menarik kat situ ;)

 

Incoming search terms:

14 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *