Diari Ramadhan 2: Ramadhan keempat hingga Ramadhan kesepuluh

Salam Ramadhan Kareem

Okay setakat ini, anak² bertiga yang berpuasa tu masih penuh lagi. Salute juga dengan Munirah yg 5 tahun lebih (tahun ini masuk 6) dah steady puasa penuh. Abang dia darjah 1 baru start puasa penuh, itu pun tak berapa penuh sebab ada 1-2 hari dia tak tahan dahaga sangat, dia minum. adoi… takpela, proses pembelajaran kan. Si Abang tu memang tiap-tiap hari menghitung hari berapa banyak lagi kena puasa… Saya kata kat dia, jangan kira hari, kira minggu, taklah rasa lama sangat berpuasa.

Hujung minggu kami anak beranak stay di rumah mak saya. So memang best okay dapat makan masakan mak. Bertuah punyer anak kan, patut anak le masak kat mak. Tapi mak saya faham kesibukan saya menjaga anak² ditambah dengan yang di dalam perut nak dikandung lagi. Tapi serius, walaupun mak saya ada sakit jantung dan diabetes, sekarang ni dah banyak pulih kesihatannya. Syukur alhamdulillah. Dan dah boleh memasak macam dolu²…

Kalau menu saya di rumah sendiri, memang simple je. Sepanjang abah budak² ni tak ada, stok telur wajib ada. Beli sepapan terus. Pun tak cukup. Budak² ni memang tak jemu-jemu makan telur. Goreng letak kicap dan pepper(lada putih) paling digemari. Senang maknye kan? ;) Selain itu, saya stock up juga dengan nuggets/daging burger. Kalau beli ayam seekor tu, cepat benor habis. Saya pun hairan rasanya. Owh, ahli keluarga anak-pinak dah ramai kannn…. harusla cepat habis lauk.

pergi ke PaRam? Huh, dah banyak kali… exercise ibu mengandung katanya… muahaha~ tekak ni teringin macam², nak masak banyak² jenis memang tak larat dan tak berkesempatan dengan adanya anak kecik lagi. Paling² pun buat agar² je… dan puding.

p.s: blog tengah ‘sakit’. mood nak update ke laut sikit :(

Incoming search terms:

9 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *