Diari Ramadhan 1: Menjelang Ramadhan, Ramadhan hari pertama hingga ketiga

Salam Ramadhan Kareem,

Semoga semua sihat sejahtera di bawah limpahan rahmatNya.

Tergerak hati saya untuk menaip sedikit Diari Ramadhan diri saya dan anak² sebagai kenang-kenangan…

Tahun lepas, dua orang anak sudah berpuasa bersama². Seorang (kakak) puasa penuh dah 3 tahun berturut², seorang lagi (abang, anak ke-2) hampir² berpuasa penuh. Alhamdulillah, nice try. Kita tengok tahun ini macammana ;)

Menjelang Ramadhan, anak² sudah mula menghitung hari bilakah Ramadhan akan bermula. Tahun ini anak ketiga (6tahun) pun nak join puasa penuh katanya. Mudah²an….

pic credit

 

Seperti dalam kalendar kuda, 1 Ramadhan 1434 Hijrah bermula pada hari Rabu bersamaan 10 Julai 2013 Masihi. Malam 1 Ramadhan itu, semua anak² yang bakal berpuasa sama² mengerjakan Solat Sunat Tarawikh. 2 Rakaat pun jadilah… Begitulah seterusnya sehingga ke malam ketiga.

Nak cerita, hari pertama Ramadhan tu, biasalah, dah diduga… Masing² tiga orang tu melepek je. Anak kedua terutamanya. Balik sekolah, baring manjang. Memang disuruh pun macam tu supaya tak rasa penat sangat. Lepas berbuka puasa, solat Maghrib then bentang toto kat ruang tamu tu, baring terus tido. Hai letih sangat ye anak….

Bab bangun sahur, alhamdulillah semuanya senang. Yang paling awal bangun sahur masuk dapur ialah anak ketiga. Wah syabas… semangat berkobar² ni. Bangga ummi dan abah ~

Setakat 3 Ramadhan ni, kami belum terjah Bazar Ramadhan atau PARAM (PAsar RAMadhan) lagi… memang teringin macam² tapi tangguhkan dulu. Ada dugaan pulak sikit, habis patah kaki… esok akan diusahakan untuk solve problem insyaAllah.

Saya tak memaksa anak² berumur 7 tahun ke bawah untuk berpuasa, tapi alhamdulillah anak ketiga ni baru nak masuk 6 tahun dah bersemangat nak berpuasa… syukur…

oni n huzaifah

p.s: diari ramadhan ni saya taklah update setiap hari Ramadhan ni, ikut kesesuaian masa dan keadaan diri… sekarang nak online malam² selalu tak bernasib, bila teman anak tidur je, sama² mengantuk, terus tido… ~

p.s.s: Tutti Frutti memang tak sempat sebelum Ramadhan tempoh hari…

25 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *