Dia sudah OK

Alhamdulillah , panjatkan puji²an di pagi Jumaat yg mulia ni. Sekadar entry ringkas,update tentang anak dara saya yang bikin drama pagi tempoh hari , kini tidak lagi. Dia sudah OK :) Ummi dan abah tersangatlah gumbira tengok perubahan dan perkembangan anak dara sorang ni.

Bermula pagi semalam (Khamis 12/1/2012) Oni dengan sendirinya mau ke taska. Pada asalnya dia buat² ‘melekat’ atas katilnya. Saya pun datangla memujuk macam biasa. Tapi dia buat dekk je lagi. Beberapa kali juga saya ulang alik memujuk , bukan abahnya sebab Oni baring di bilik yang ada Opahnye tidur sekali. Segan lah cik abang saya tu nak masuk lak kan … Lasttt sekali,saya tabur janji manis punya … Aiskrim. *Ye,sehari sebelum tu memang saya dah siap² beli aiskrim tapi belum dimakan lagi. Lepas sebut pasal aiskrim tu,saya terus keluar dari bilik. Tiba² Oni keluar dari bilik sendiri dan nak tanggalkan baju untuk mandi. Wahhh … kan bagus begini ! Melompat² gumbira hatiku ini ;)

Encik hasben pun hantar Oni ke taska dengan senang hati… Si Oni pun memang takde nangis² , dia sendiri masuk ke taska tanpa perlu dihantar.

Dapat aiskrim sudah …. :)

Abang Kakak adik pun sama² dapat juga …

Oni tak puas satu , try nak ‘pow’ Abg punye … :p

Si Abang tak mau kasi , mulut pun dah muncung  ! ;)

Si Zaid makan aiskrim comot² derrr … Oni pun same jek :p

Erm … sesekala umpan dgn aiskrim ni takpe kot … ambik hati anak² sikit kan … mereka ni anak² yg mendengar kata sebenarnya , just certain times je buat perangai sikit … ;) Biaselah tu kanak².

Sambil tu nak mencelah sikit gambar cik oni menggayakan t-shirt baru ada sulam namanya dari Zamieda sendiri hasil menang contest si cilik berbasikal tahun lepas tu ;)

Close up sikit nama yang disulam tu … opss blur sikit , sorry

si adik Zaid pun nak posing sama lah …

Ok aunty² uncle² sume , thanx for supporting yea … Moga² next week dan seterusnya Oni tak bikin drama pagi lagi …

8 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *