Dendam terpendam Badak Berendam

Haih … berapa banyak dam dam dam daaa … ;p Erm entri masih belum laju dihapdet sebab sibuk hadap template blog . Melepaskan gian katanya . Kuingatkan coding blogspot dengan WP lain lain , rupa2nya seropaa sajaaa …. taklah seropa 100% tapi masih ada kesamaan nye tuh .

Apa kena pulak berdendam dendam terpendam Badak Berendam neh ?? Gini haa … sebenonye saya dah lama mengidam nak makan kuih Badak Berendam . Tau kan macam mana ropenye kuih itu ? Moh tengok gambo ;

credit to kak Ummi ;)

Alkesahnye semalam gigih la ajak encik somi pegi ke sebuah pasor malam yang tak pernah kujejak sejak hampir 4 tahun dah duduk area ni . Jejak pun setakat tunggu dalam kereta je , encik somi je yang turun membeli dan blah ;p . Makanya semalam lah kumencemar duli kununnye menjejak pasor malam itu … dan alangkah bertuahnya bertemu jodoh dengan cik Badak Berendam yawww ! Nak melompat2 je rasa kat depan gerai makcik tu , dan lucky me , tinggal sebekas je lagik itu badak berendam ! alhamdulillah kan …. kalo rezeki tak ke mana ….

Kak Ummi , halalkan saya tempek gambo ni yer … ;p Sangat terliur hokeh ! ;p pink-flower Resepi Kak Ummi untuk kuih ni ada beberapa versi , Hanie cilok salah satu yer ;

Bahan A:-
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 cawan air/secukupnya
  • 1/2 sudu kecil garam halus
  • 1 sudu teh pes pandan/pewarna hijau
  • daun pisang secukupnya – dilayu atas api, dilap dan dipotong 1 keping bentuk loyang (lebihkan dari paras tuang santan nnt)

Bahan B:- (Santan/Bahagian Putih)

  • 3 cawan santan pekat
  • 3 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/4 cawan gula pasir – untuk tabur

Untuk Inti:-

  • 2 cawan kelapa parut muda
  • gula kabung/gula merah/gula kerek secukupnya (ikut manis)
  • 1 helai daun pandan (disimpul)
  • sedikit air (optional)

(*masak inti hingga rata dan kelapa sedikit kering dari airnya…guna api perlahan)

Cara-Cara:-
  1. Bancuh bahan A dan uli gaul hingga lembut jadi doh.
  2. Alas daun pisang dalam loyang.
  3. Panaskan kukusan.
  4. Buat bulat kecil di atas piring dan masukkan inti. (Tutup balik doh dan kalu rajin buat bentuk 3 bahagian mcm gambar bwh sekali. Xpun buat je bulat2)
  5. Letakkan di dalam loyang (jarak2 sikit). Buat hingga habis. (terpulang nak letak dalam loyang besar atau kecil2)
  6. Taburkan gula lebihkurang 1 atau 1 1/2 sudu besar rata-rata dalam loyang yang telah diatur doh tadi.
  7. Sementara itu, bancuh bahan B kecuali gula pasir. Kacau hingga sebati. Tapiskan.
  8. Tuangkan kuah santan ke dalam loyang perlahan-lahan sehingga 3/4 bahagian doh (jika doh macam akak buat tu, bentuk tinggi) ataupun separuh loyang (jika doh bulat2 je).
  9. Kukus selama 12 – 15 minit. Angkat dan sejukkan.
  10. Ceduk ke dalam bekas bila nak makan….bessshhhh!!

 

Haiii … bilelaaa nak buat ni kannn …. maklum je le,encik somi jenis tak berapa minat makan2 kuih ni , i jangan cakap ler …. HANTU KUIH ! Takde pantang2nyerr …. pantang jumpe je !  yahoo!

Maaf ler pic sebonar den tak letak sebab rakus nak habiskan badak berendam tu . Balas dendam !messy-eater

Cuma , badak berendam semalam tu tak berapa umphhh lah . Yang last sekali saya makan dulu tu memang sangat sedap . Tapi ada satu jenis kuih lagi yang saya beli , seakan-akan badak berendam jugak ler tapi dia  takde biji-biji  bulat-bulat tu … bancuhan tepung pulut jugak kot dnegan santan , and then mandikan dengan air gula . Yang itu plak lagi sedap ! Eh , banyak komen pulek … dah dapat tu syukur je le ye dak ? ;p

Incoming search terms:

6 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *