Penang, Malaysia
+60184027399
ummihanie@gmail.com

Demam sawan kanak-kanak

Lifestyle. Parenting. Ellsee. Sutra Aromatherapy

Demam sawan kanak-kanak

Salam berbahagia.

Adat hidup dunia, ada senang, ada susah. Ada sihat, ada sakit. Ingatlah 5 sebelum 5.

Baru² ini dunia blogger dikejutkan dengan berita menyedihkan arwah adik Faris Daniel (klik pautan untuk baca cerita lanjut). Yang saya faham, arwah mula² sekali terkena sawan dan kemudian terlantar di hospital beberapa hari sebelum meninggal dunia. Dan ayah kepada arwah ni merupakan salah seorang sahabat personaliti Tv3, Mazidul Akmal.

Dek kerana itu, saya terbuka hati nak buat sedikit kajian tentang penyakit sawan ni. Agak mengerikan ye, kerana ianya datang menerpa tanpa diduga. Mintak simpang malaikat 44! Minta dijauhkan dari anak² kita… tak mampu rasanya nak menanggung ujian seberat itu.

sawan bayikesiannya tengok baby ni!

Apakah Penyakit Demam Sawan ?

la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.

Apa itu sawan ?

Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.

Saya petik sedikit petikan mengenai fakta demam sawan dari Dr. Hamid Arshat;

Sawan biasanya berlaku pada peringkat umur tiga bulan hingga tiga tahun. Walaupun demam sawan boleh juga berlaku dikalangan mereka itu. Sawan yang berlaku dikalangan bayi – bayi yang berusia kurang dari tiga bulan lebih besar kemungkinannya disebabkan oleh punca – punca lain yang lebih serius seperti penyakit meningitis. Demam sawan biasanya berlaku apabila suhu badan meningkat dengan tingginya. Sawan dikalangan bayi yang tidak ada kena mengena dengan demam merupakan sawan yang mungkin disebabkan oleh kerosakan otak, dan punca – punca metabolik seperti kekurangan glukos atau kalsium.

Banyak lagi info tentang sawan di blog Dr. Hamid ni. Saya sarankan parents semua baca di sana. Apa puncanya, apa langkah² pencegahannya. Semua tu kita perlu ambil tahu sedikit sebanyak, betul tak?

Dari laman web Doktor dan Anda;

Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?

  • Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
  • Catatkan masa dan tempoh berlakunya sawan.
  • Jangan sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
  • Jangan cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
  • Sekiranya sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur (suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
  • Bawa anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit selepas memasukkan ubat sawan.

Yang sudah pergi, biarlah dia pergi dengan aman. Memang kita yang tak berada ‘dalam kasut’ mereka ni tak dapat rasa perasaan kehilangan anak, tapi jika kita bayangkan itu adalah anak kita, pasti kita dapat rasakan kesedihan yang sebenarnya. Klik sini untuk; Sumbangan Keluarga Arwah Adik Faris Nur Daniel

Sebut pasal anak dan sakit ni, sebenarnya sedang susah hati juga ni. Baby Huzaifah ni dah 2 hari berturut² berulang-alik ke klinik untuk sedut gas (nebulizer). Kahaknya agak banyak dan doktor juga kata dia macam ada sedikit penat. 3 malam sudah kami bertiga (saya,suami dan Huzaifah) tak tidur malam dgn sempurna kerana inilah. Mujurlah satu malam itu saja. Itu yang keesokan harinya kami bawa baby ke klinik untuk menerima rawatan sepatutnya. Malam ni kena pergi lagi. Sedut gas lagi masuk kali kelima. Harap²nya janganlah kena admit ke hospital pula macam kes kakaknya Munirah. Doakan ya~

*gambar Huzaifah sedut gas ada tapi kabel henfon pula tiada (akan update gambar kemudian)

Gambar² kenangan ketika Oni (Munirah) masuk hospital kerana ada sedikit pneumonia lebih kurang 3 tahun sudah… Sayu rasanya :((

 

 

Zaid masa ni seakan-akan Huzaifah!

guess who is that? ;) klu: isteri raja muda _ _ _ _ _

 

 

Incoming search terms:

 

24 Responses

  1. faizfakhirin says:

    wohohoho…bahaya gak eh demam tu.

  2. nza says:

    moga baby huzaifah cpt sembuh….mmg risau kalau anak2 kecil demam n sakit.
    Akak pernah rasai keperitan semasa Beby kena sawan masa kecil dulu..hinggakan doktor kata mayb beby akn “lembam” dlm pelajaran…hati mana yg xrisau….Syukur Alhamdulillah, jangkaan doktor itu xmeleset……….

    prnah tgk gmbar trakhir tu masa hanie wat n3 dulu..kalau xsalah tu isteri RMuda nazrin, perak.

    • Ummi Hanie says:

      terima kasih utk doanya kak…

      kuasa Allah kan kak, doktor kata lain,tp yg sebaliknya berlaku… Beby pintar dlm pelajaran kan ;)

      yup, betul … gmbr tu ada dlm entri lama hanie.. isteri raja muda perak, raja nazrin :)

  3. nza says:

    ooopppssss!!!! silap taip..”xmeleset” = meleset….ngee……

  4. Affan Ruslan says:

    Syafakallah. Dulu saya pun ada masalah kahak juga rasanya. Ingat lagi, entah bape kali pergi ke klinik sebab tu hehe.

    ps: Risau jugak ye bila baca pasal sawan pada kanak-kanak. Kena cukupkan ilmu sblm kahwin + jadi ibu bapa lah camni. Patutpun kalau anak2 kecil demam ibu bapa risau semacam je.

    • Ummi Hanie says:

      jazakallah…

      berulang ke klinik tu utk sdut nebulizer lah ye? mmg seksa juga berkahak lama2 ni kan…

      aah,sebelum kawin, eloklah cukupkn ilmu… ank2 demam xboleh diambil remeh

  5. Juan says:

    ish bahaya betul sawan nih pada budak

  6. puan kutu says:

    mmg bahaya sawan nie..kutu klu aiman demam sikit mmg terus amik ubat.lebih baik mencegah sebelum melarat..Alhamdulillah setakat ni tak pernah lagi hadapi situasi cemas macam masuk hosital ke apa.mintak2 dijauhkan..:)

    semoga huzaifah cpt sembuh…aiman tnya “kenapa adk tu ibu?” dekat pic onie masuk hospital. Dia tak tahu depa tu sebaya.hehe..

    • Ummi Hanie says:

      betul tu kutu… nmpk xsihat sikit je cepat2 kena bertindak kan.. sbb penyakit zmn skrg ni pelik2… kuman2 virus2 pun dah ‘pandai’ :p

      time kasih… pagi ni bunyi kahak huzaifah masih kuat lg… risau rasa…kesian pun iye..
      hik2… aiman pun sama2 baca blog aunty ummi hanie yer… aah depa sebaya kan,,, ;)

  7. Ummi Hanie says:

    betul tu kakngahh… kepala depa paling kena jaga, jgn panass sgtt takut jadi tarik/sawan/demam panas pulak kan…

    yes! itu isteri raja muda nzarin beb ;)

  8. titan says:

    peh, memang kesian tengok bayi tu..

  9. Denaihati says:

    insyaAllah. mudahan cepat sembuh.
    bagus langkah2 kalau anak kena sawan, sediakan payung sebelum hujankan.

  10. kakyong says:

    siannya baby huzaifah.. semoga cepat sihat..

    kakyong kalo dengor anak sapa2 kena sawan pun memang jd takut.. kalo anak2 demam malam pun memang x dpt nak lelap mata.. kejap2 dok check suhu badan anak..

  11. ohcikgu says:

    wah, ngerinya..takut tengok gambar tu..

  12. puanbee says:

    risaunya kena sawan ni , ada yang kena lagi teruks cacat seumur hidup , benda ni kena kat famili bee juga , sebab tu kalau anak demam jaga betul2 kan ..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *