Dah merajuk baru N nak bagi CPUV

Macam dah agak. Memang dah agak. Lepas merajuk, baru dapat. Nak kena jual mahal, baru nak mengalah ye. So terpaksalah gantung balik banner encik N. (sekarang ni gantung leaderboard je sebagai alternative ad untuk iklan K)

Lepas berbulan-bulan (dekat setahun kot) tak dapat CPUV @ Buffered Earnings, barulah encik N sudi nak bagi kat blog ni. Lebih² lagi lepas sifu beri nasihat berkaitan N, tambah kuat rasa nak remove. Hoho… statement berani punya.

Bukan apa, kita sebagai blogger kena rajin bereksperimentasi dengan pengiklanan² yang bersesuaian atau ‘serasi’ dengan blog kita. Alhamdulillah, sekarang blog ini sudah bereksperimentasi dengan K pula. Pemantauan masih sedang dijalankan. Jika berbaloi, akan diteruskan. Jika tidak, nak cuba apply dengan I lagi atau teruskan saja dengan Adsense. Sabar mesti mau ada…

Setakat ini, jemputan event berbayar belum pernah pergi, tapi jemputan event yang menawarkan goodie bags tu dah biasa dapat. Cuma saya yang masih tak berkesempatan nak join kerana events tu selalunya diadakan di KL. Saya ni di area utara. Dengan anak kecil lagi, mana nak tinggalkan? Tak apa, ada rezeki nanti tak ke mana… satu hari nanti saya akan join juga event best² InsyaAllah.

Pengiklanan di blog masih saya buka samada berbentuk advertorial mahupun ruang untuk banner, tapi tidaklah seperti zaman dulu² lagi. Maksudnya ada sedikit exclusivity dalam pengiklanan. Klik saja butang => Hubungi untuk rundingan ;)

Ok kesimpulannya di sini, bukan bermaksud saya nak api²kan korang supaya tinggalkan N. Tidak, bukan begitu. Eksperimen dulu, sesuai atau tidak. Saya pernah dapat cek dari N tapi rasa macam tak berapa berbaloi dengan masa yang saya luangkan untuk blog kot. So, kenalah cari alternatif lain. Memang teruja bila dapat cash out tu, puji melambung pun ada. Korang boleh baca entri pasal N dari sifu yang saya maksudkan di awal entri tadi.

Nak jadi blogger berpendapatan tinggi ni, bukan makan masa sebulan dua. Ada yang dalam masa setahun dua dah boleh capai, ada yang makan masa bertahun², yang penting kena ada passion yang tinggi, mau belajar lagi untuk terus majukan blog dan kongsikan entri yang bermanfaat untuk diri dan pembaca. Yes, kita tak dapat puaskan hati semua pihak dan semua pihak pun sama juga, tak dapat puaskan hati kita, betul tak? Just be ourselves.

Berkaitan rate pengiklanan blog, ianya bergantung kepada kredibiliti sesebuah blog juga. Sesetengah kata, berpandukan ranking Alexa, sesetengah pula kata berpandukan PR Google dan lain². Yang saya boleh confirmkan, blog yang kemas dan tak berserabut lebih mudah menarik perhatian advertisers. Bukan tak boleh letak iklan, tapi berpada-pada dan biarlah ianya menjadi eksklusif. Barulah boleh naikkan rate pengiklanan. Jangan tak tahu, blog² famous boleh demand lebih kurang RM250 per entri tau? Haaa… lumayan tak lumayan gitu.

Majulah blogging untuk negara ~ ;)

28 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *