Cuti tahun baru cina 2015 di rumah baru

mini kebun herba sayur-sayuran

Salam…. Hai !

Akhirnya saya dan keluarga sudah selamat berpindah dan menghabiskan cuti tahun baru cina 2015  di rumah baru.

Ibarat impian jadi kenyataan. Penatttt amat tapi puas hati. Seronok.

Tidur pun tersenyum gitu kaedahnya :D

Korang cuti CNY pergi mana? Mesti ramai pegi melancong, paling tidak balik kampung halaman kan?

Kami punya kampung halaman sebelah saya, memang dekat dengan rumah kami je.

Family sebelah suami pun datang beramai² ‘merasmi’ rumah baru kami.

MIL, FIL dan adik ipar tolong realisasikan mini kebun idamanku di sebelah luar dapur.

Oh seronoknya. Tetiba semangat nak bercucuk tanam nokss ~

mini kebun herba sayur-sayuran

Ruangan mini kebun herba sayur-sayuranku…. Tanam yang penting² dulu macam daun pandan, serai, kucai…. lain² sampingan macam pokok roselle (bonus dari mertua), daun bawang, ulam raja…. wahhh…

Silalah rajin menyiram dan menjaga tanam²an yer puan Ummi Hanie !

Ruangan mini kebun dan area pokok mangga besar dekat pintu gate rumah je kami biarkan bertanah sikit. Selebihnya lantai disimenkan dan jubin sedikit di bahagian porch letak kereta. Ongkos tak mencukupi lagi nak berjubin keseluruhannya.

bergambar tepi tembok bawah pokok mangga

Sedang Renovasi: bergambar kenagan tepi tembok bawah pokok mangga – zaid, Onie, huzaifah

 

renovation rumah

view dari tingkap master bedroom. pekerja sedang menyiapkan kawasan bermain badminton idaman suamiku

 

 

 

badminton court

gambar berbayang refleksi phone casing… kan? malas nak buka tingkap snap gambo :p

Sebenarnya sebulan lebih kami menunggu saat ini.

Saat berpindah ke rumah yang lebih lapang, banyak ruang….

Beberapa minggu juga terpaksa ditunda kerana urusan ubahsuai rumah masih belum selesai dengan sempurna. Tak mahulah masuk rumah dalam keadaan berdebu kan… masa kami mula duduk pun, pemasangan pintu grill masih belum selesai sepenuhnya, maka terpaksa redha je lah dengan sedikit debu dan bunyi bising mesin drill.

 

SYUKUR kini semuanya sudah selesai.

Sujud syukur.

 

Sesi mengemas sepanjang minggu pertama masuk rumah, sudah settle hampir 95% hingga saat saya menaip entri ini.

 

Kerja orang perempuan, macam sayalah contohnya. Mesti nak gantung langsir cepat² supaya suasana rumah tu wujud. Setuju tak? Scallop lama tu gantung balik…. waduh feeling betoi.

 

 

rumah baru

 

 

 

Mulalah menggeledah bondot² plastik bungkusan berisi kain langsir.

Rumah lama, tak banyak sangat tingkap dan sliding door.

Rumah baru ni… haihh… dua kali ganda bilangannya. Mujurlah cukup kain langsir den yang disimpan untuk kegunaan masa depan. Ha, inilah masa depannya. :) Ada la juga beli beberapa helai kain langsir tambahan dari kedai perabot hotel terpakai tu.

 

Next, bila dah settle hal langsir, baru la uruskan barang² dapur. Seterusnya bilik².

Dapur kena siap juga dulu sebab nak makan minum dengan selesa kan…

Bilik pun penting sebab nak tidur dengan selesa jugak. Ahaha…

 

Okaylah update ringkas² dulu… lama benor dah berhabuk blog ni.

Selain sibuk berpindah + mengemas, anak² pula dilanda demam berjangkit² tiga orang teruna tu… alahai sabo je lah ummi & abah handle depa ni.

Sekarang ni musim panas membahang kan? Memang rata² dengar orang demam tak kiralah org dewasa maupun kanak². So, MINUM AIR BANYAK²…. air KOSONG sebaiknya. ;)

 

Selamat berhujung minggu kembali. Esok Sabtu (28/2/2015) anak² bersukan pula. Tahun ini buat awal sebab tengah tahun dah start puasa.

Incoming search terms:

19 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *