Cukur kepala genap seminggu lahir ke dunia

Salam wbt.,

Umum sudah sedia maklum amalan mencukur kepala bayi atau dalam perkataan lain, mencukur rambut bayi adalah salah satu amalan sunnah Nabi kita junjungan mulia Muhammad S.A.W. Jangan keliru antara sunnah dan sunat ya. SUNNAH ialah amalan nabi yang jika kita contohi, akan dapat pahala. Sunat pula amalan yang diharuskan dalam Islam, jika kita buat dapat pahala, tak buat tak berdosa.

Mencukur rambut bayi mengikut amalan sunnah adalah apabila genap bayi berumur 7 hari. Alhamdulillah, bayi baru kami, Muaadz sudah selamat dicukur sendiri oleh ayahanda tersayang. ^-^

Kalau dalam tradisi orang Melayu ada majlis bercukur atau potong jambul diikuti dengan berendoi (masuk buaian) kan? Kami tak pernah pun buat semua tu dari anak pertama sampai keenam ni. Tak apalah, tak dosa pun kan? hihi…

Okay okay kita tatap wajah Muaadz yang masih hensem berambut lebat….

lena di pangkuan bonda... zZZzzz...

Aucakkk…! Saya sudah botak uolss… !  Dalam gambar (di bawah) ni, Muaadz baru lepas mandi :) Kalau baby lelaki ni kena cepat-cepat sikit pakaikan lampin bila lepas mandi, takut nanti dia terpancut kerana kesejukan! Opsss…. sorry tak censoredkan perkataan itu kerana ianya ditujukan untuk seorang baby kecil yang masih tidak tahu apa-apa… ;)

bercukur kepala

Hari ini, tanggal 26 November 2013, genap sudah Muaadz berusia 29 hari… ya Allah cepatnya anak ummi membesar bagaikan juara. Rambut pun sudah tumbuh semula dnegan lebat mudah-mudahan…

4 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *